Skip to main content

Singapura

Keutamaan Amerika sudah jadi dasar luarnya: Ng Eng Hen

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Feb 2025 06:50PM Dikemas Kini : 15 Feb 2025 10:07PM
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata keutamaan Amerika Syarikat sudah menjadi dasar luarnya.

Ini walaupun dasar tersebut mengorbankan hubungan dua hala dan berbilang pihak.

Menyifatkannya sebagai gangguan besar, Dr Ng berkata kemajuan dan kesejahteraan rakyat sejagat akan terjejas tanpa kehadiran seorang pemimpin untuk melindungi mereka.

Dr Ng berkata demikian semasa berucap di perbincangan meja bundar pemimpin.

Dr Ng kini berada di Jerman bagi menghadiri Persidangan Keselamatan Munich.

Beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Boris Pistorius, di luar acara persidangan itu, di mana para pemimpin itu mengesahkan lagi hubungan pertahanan yang kukuh antara kedua-dua negara.

Selain itu, Dr Ng juga mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Itali, Guido Crosetto.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita