Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keupayaan superkomputer S'pura dipertingkatkan

Dana bernilai S$200 juta diperuntukkan untuk mempertingkatkan keupayaan superkomputer sebanyak 20 kali ganda, sekaligus menjadikannya antara 20 superkomputer utama di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Keupayaan superkomputer S'pura dipertingkatkan

Ketua Eksekutif Pusat Superkomputeran Nasional (NSCC), Profesor Tan Tin Wee, yang bertanggungjawab ke atas Aspire 1.

Diterbitkan : 26 Mar 2019 10:46AM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 10:53AM

SINGAPURA: Dana bernilai S$200 juta diperuntukkan untuk mempertingkatkan keupayaan superkomputer sebanyak 20 kali ganda, sekaligus menjadikannya antara 20 superkomputer utama di dunia.

Dr Michael Sullivan dari Institut Pengkomputeran Prestasi Tinggi (IHPC) berkata, pihaknya ingin menghuraikan masalah-masalah yang lebih besar.

Dr Sullivan yang merupakan Pengarah Jabatan Sains Bahan dan Kimia di Agensi Teknologi Sains IHPC berkata masalah-masalah tersebut boleh meliputi aplikasi harian seperti menghasilkan losen tangan sesuai untuk kulit orang Asia, atau mereka botol plastik mudah lupus.

Satu-satunya superkomputer di Singapura - Aspire 1 - misalnya, boleh digunakan untuk menyerupai secara digital, kesan komponen losen tangan terhadap sampel kulit yang berbeza-beza.

Ia dapat mengurangkan keperluan untuk menjalankan eksperimen yang memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi, kata Dr Sullivan semasa satu wawancara bersama Mediacorp baru-baru ini.

Menurut beliau, masa menunggu untuk menggunakan Aspire 1 kadangkala mengambil beberapa hari dan lebih banyak sumber pengkomputeran diperlukan untuk IHPC melakukan tugasnya dengan baik.

Justeru, cadangan penaiktarafan bernilai S$200 juta itu akan mempertingkatkan keupayaan Aspire 1 dengan ketara, menjadikannya antara 20 superkomputer paling unggul di dunia.

PERMINTAAN MENINGKAT

Selain masyarakat penyelidikan, para pemain industri seperti Keppel juga memanfaatkan Aspire 1 bagi pelbagai kegunaan - daripada menguji dan mempertingkatkan reka bentuk pelantar dan kapal secara digital sehinggalah memeta laluan aliran udara ke pusat-pusat data bagi penggunaan optimum. 

Seorang jurucakap Keppel melalui kiriman emel berkata bahawa menerusi Makmal Korporat Keppel-Universiti Nasional Singapura, Keppel menggunakan Aspire 1 bagi model-model yang dapat menggambarkan aliran gas dan cecair bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan bahan bakar produk-produknya.

Buat masa ini, Pusat Superkomputeran Nasional (NSCC) mempunyai sekitar 4,000 pengguna yang sedang menjalankan lebih 400 projek.

"Kami menjangkakan bahawa jumlah itu akan meningkat sedang permintaan bagi superkomputeran dan sumber komputer berprestasi tinggi terus meningkat dalam kalangan sektor awam dan privet di Singapura," kata Ketua Eksekutif Pusat Superkomputeran Nasional (NSCC), Profesor Tan Tin Wee, yang bertanggungjawab ke atas Aspire 1.

NAIK TARAF DILAKUKAN TEPAT PADA MASANYA

Profesor Tan berkata pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat untuk mempertingatkan keupayaan superkomputer Singapura adalah "tepat pada masanya".

"Bagaimana kita mengubah kesemua industri dari sektor ke sektor secara sistematik dan mencari jentera pertumbuhan baru adalah penting bagi ekonomi masa hadapan. Pengkomputeran berprestasi tinggi boleh memainkan peranan penting," katanya.

"Platform superkomputeran yang dipertingkatkan akan membantu Singapura menghuraikan cabaran-cabaran nasional yang rumit dengan lebih pantas dan berkesan berbanding hari ini.

"Selain itu, ia juga akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk syarikat-syarikat tempatan meningkatkan daya saingnya serta mereka pekerjaan baik bagi rakyat Singapura," tambahnya. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan