Keupayaan SG maju ke hadapan bergantung kepada perpaduan rakyat, kata PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, keupayaan Singapura untuk maju ke hadapan di tengah-tengah dunia yang tidak menentu, bergantung kepada perpaduan rakyat.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan hab gaya hidup dan masyarakat One Punggol pada Ahad (8 Sep) petang, di mana beliau juga menyentuh tentang semangat kemasyarakatan.
PM Wong menambah, seperti yang beliau tekankan semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan baru-baru ini, Pemerintah akan melakukan lebih banyak lagi demi membantu golongan kurang bernasib baik.
Bagaimanapun rakyat Singapura juga perlu memainkan peranan mereka, contohnya dengan bekerja rapat dengan pemerintah, serta membantu rakyat Singapura yang lain.
"Hakikatnya, apabila kita bersatu sebagai satu masyarakat, bekerja rapat dengan satu sama lain dan juga dengan Pemerintah, ia lebih berkesan, kita boleh melakukan lebih banyak perkara dan boleh menjadikan ini tempat yang lebih baik untuk semua," kata PM Wong.
Bagi penduduk Punggol pula, beliau berjanji bahawa lebih banyak pembangunan akan dilakukan, termasuk menjadikan pengangkutan awam lebih mudah diakses di kawasan tersebut.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.