Keupayaan jagaan paliatif diperluas, sokong pesakit dan keluarga mereka
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: Shaun Best/Reuters)
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, Singapura sedang meluaskan keupayaannya dalam jagaan paliatif.
Kementerian Kesihatan (MOH) sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan dilakukan dengan meningkatkan subsidi untuk membantu pesakit dan keluarga mereka mendapat akses kepada penjagaan paliatif yang bermutu.
Encik Ong menarik perhatian, kebanyakan pesakit lebih suka mendapatkan jagaan paliatif di rumah pada peringkat terakhir kehidupan mereka daripada menjalani rawatan lanjut di hospital.
Encik Ong berkata demikian di majlis sambutan ulang tahun ke 50 jabatan perubatan buah pinggang di Hospital Besar Singapura (SGH).
"Hospital juga membenarkan pesakit sedemikian dibawa pulang. Kami melihat kemerosotan sedikit dalam pesakit yang meninggal dunia di hospital. MOH akan menyediakan laporan yang lebih lengkap pada tahun hadapan", katanya.

Sumber : CNA/KH/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.