Keupayaan gabung kemahiran AI dengan kepakaran industri semakin penting di SG: Ketua IMDA
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Eksekutif Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) Ng Cher Pong bercakap kepada CNA dalam satu wawancara. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Keupayaan untuk menggabungkan kemahiran kecerdasan buatan (AI) dengan kepakaran industri menjadi semakin penting apabila penggunaan AI semakin pesat merentasi ekonomi, jelas ketua badan pemerhati digital Singapura itu.
Dalam perbualan dengan Mediacorp menjelang ATxSummit tahun ini, yang bermula pada Rabu (20 Mei), Ketua Eksekutif Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) Ng Cher Pong menyatakan permintaan untuk keupayaan teknologi tidak lagi tertumpu dalam sektor teknologi itu sendiri.
Malah, peranan teknologi dalam industri bukan teknologi berkembang tiga hingga empat kali lebih pantas berbanding peranan dalam sektor teknologi, menekankan keperluan yang semakin meningkat untuk pekerja di seluruh negara menjadi mahir dalam alat dan aplikasi AI, katanya.
Beliau berkata demikian sedang Singapura memperhebat usaha untuk meletakkan dirinya sebagai hab AI serantau sambil memastikan pekerja dan perniagaan dilengkapi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pesat.
DARIPADA TEORI KEPADA PELAKSANAAN
Sepanjang enam tahun yang lalu, ATxSummit menjadi salah satu acara teknologi utama Asia, menghimpunkan para penggubal dasar, pemimpin perniagaan dan penyelidik.
Pihak penganjur menyatakan edisi tahun ini, yang berlangsung hingga Jumaat di Singapore Expo, akan memberi tumpuan kepada peralihan daripada perbincangan teori tentang AI kepada pelaksanaan praktikal dan tadbir urus.
"Kami berada dalam tempoh perubahan yang luar biasa," kata Encik Ng.
Singapura berharap dapat memainkan peranan lebih besar daripada sekadar menjadi tuan rumah sidang puncak itu, dengan meletakkan dirinya sebagai antara pihak yang membantu membentuk perbincangan global mengenai garis panduan keselamatan AI.
Encik Ng merujuk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus Model bagi AI Agentik Singapura, yang diperkenalkan pada Januari tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk merangka piawaian antarabangsa dan amalan terbaik mengenai sistem AI yang muncul.
PENGGUNAAN MESTI JANGKAU SEMUA SEKTOR
Selain perbincangan antarabangsa, Singapura juga memberi tumpuan untuk memastikan penggunaan AI mencapai perniagaan dan pekerja di seluruh ekonomi.
Encik Ng berkata strategi AI nasional negara tertumpu pada empat bidang utama: jagaan kesihatan, kewangan, pengilangan maju dan keterhubungan. Walau bagaimanapun, beliau menekankan bahawa manfaat AI mesti melangkaui industri tersebut.
"Kami mahu memastikan bahawa manfaat AI tersebar di semua sektor, itulah sebabnya terdapat dorongan besar terhadap penggunaan dan penyebaran AI merentasi ekonomi, merentasi syarikat dengan saiz yang berbeza, termasuk syarikat kecil dan sederhana," katanya.
Sebahagian besar kerja IMDA tertumpu pada transformasi tenaga kerja, kerana syarikat-syarikat semakin menyepadukan AI ke dalam operasi dan aliran kerja harian, kata Encik Ng.
"Kami perlu memastikan bahawa tenaga kerja mempunyai tahap kemahiran AI yang mencukupi, supaya apabila syarikat bertransformasi, mereka dapat menggunakan alat AI secara produktif di tempat kerja," tambahnya.
BINA TENAGA KERJA BERUPAYA GABUNG KEMAHIRAN AI DENGAN KEPAKARAN INDUSTRI
Bagi menyokong peralihan itu, IMDA bekerjasama dengan badan profesional dan firma untuk melancarkan program celik AI khusus mengikut sektor. Kelompok pertama akan memberi tumpuan kepada para karyawan daripada bidang undang-undang dan perakaunan, sebelum diperluaskan ke industri lain.
"Kami sangat fokus, berusaha sektor demi sektor, untuk membantu membolehkan karyawan bukan teknologi memperoleh kemahiran AI," jelas Encik Ng.
Program-program tersebut kini sedang dibangunkan menerusi rundingan bersama pihak berkepentingan industri untuk memastikan kurikulum kekal praktikal dan disesuaikan dengan keperluan setiap pekerjaan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.