Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketua WP Pritam Singh akan dibicarakan pada Okt

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh akan dibicarakan pada Oktober.

Encik Singh, 47 tahun, berdepan dua tuduhan berbohong di Parlimen kepada Jawatankuasa Hak Istimewa berhubung kes Raeesah Khan.

Di persidangan pra-perbicaraan yang tidak dibuka kepada orang ramai dan pihak media pada pagi Jumaat (31 Mei), sebanyak 16 hari diperuntukkan bagi perbicaraan Encik Singh di hadapan Timbalan Ketua Hakim Daerah Luke Tan.

Menurut dokumen mahkamah, bahagian pertama perbicaraan dijadualkan dari 14 hingga 18 Oktober.

Lagi tiga sesi jika perlu, ditetapkan antara 21 hingga 24 Oktober, 5 hingga 8 November dan 11 hingga 13 November.

Encik Singh telah mendapatkan khidmat Encik Andre Darius Jumabhoy dan Encik Aristotle Emmanuel Eng Zhen Yang sebagai peguam bela pada April lalu.

Beliau juga menyuarakan hasrat untuk dibicarakan sejak dari hari pertama beliau didakwa di mahkamah dan mengaku tidak bersalah pada 19 Mac.

Dua tuduhan terhadap Encik Singh mendakwa bahawa beliau dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada 10 Dis 2021 dan 15 Dis 2021 di Bangunan Parlimen.
Jika didapati bersalah di bawah Akta Parlimen (Hak Istimewa, Kekebalan dan Kuasa), Encik Singh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$7,000, atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan