Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketua SPP Steve Chia lahir rasa yakin kendalikan majlis bandaran

Ketua Parti Rakyat Singapura (SPP) berkata pada Sabtu (4 Jul) bahawa dengan pengalaman profesional yang ditimba sebelum ini, beliau mempunyai pengetahuan dalam bidang pengurusan estet.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jul 2020 03:11PM Dikemas Kini : 05 Jul 2020 03:15AM

SINGAPURA: Ketua Parti Rakyat Singapura (SPP) berkata pada Sabtu (4 Jul) bahawa dengan pengalaman profesional yang ditimba sebelum ini, beliau mempunyai pengetahuan dalam bidang pengurusan estet.

Apabila ditanya tentang kelayakannya untuk mengendalikan sebuah majlis bandaran, Setiausaha Agung SPP Steve Chia berkata: "Saya merupakan setiausaha bagi sebuah jawatankuasa pengurusan kondo, maka itu saya faham isu-isu pengurusan estet."

Beliau merupakan seorang pedagang yang bekerja sendiri.

Encik Chia mengetuai pasukan SPP yang bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh yang termasuk naib pengerusi Williiamson Lee, Encik Osman Sulaiman dan Encik Melvyn Chiu.

Keempat-empatnya melawat para penduduk dan berkempen untuk mendapatkan undi mereka di pasar-pasar di Toa Payoh pada pagi Sabtu (4 Jul).

Encik Lee dan Encik Chiu, kedua-duanya 40 tahun, berkata mereka ingin mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh golongan berusia 30an dan 40an tahun.

Isu-isu ini adalah: Masalah mendapatkan rumah, kelas pertengahan yang tersepit, kos penjagaan kanak-kanak yang meningkat dan isu yang dihadapi golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

"Ini adalah persamaan yang kami kongsi dan kami harap kami dapat menjadi suara untuk lebih ramai warga di kawasan ini, kerana siapa lagi yang akan memahaminya dengan lebih baik?" kata Encik Chiu.

Apabila ditanya bagaimana strategi kempen mereka di Bishan-Toa Payoh berlainan tahun ini, Encik Chia berkata tanpa rapat-rapat terbuka, "usaha mendekati pengundi" akan berbeza.

Parti itu meluangkan masa untuk berbual dengan para pengundi mengenai kepentingan mempunyai suara alternatif dalam Parlimen dan membangunkan parti alternatif yang boleh dipercayai, katanya.

SPP juga telah bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh, berdepan PAP pada 2011 dan 2015.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) "tidak habis-habis membangkitkan" tentang pandemik COVID-19, kata Encik Chiu. Beliau ditanya jika mengalihkan tumpuan kepada Pilihan Raya Umum akan memburukkan pandemik ini.

"Saya fikir ada lebih banyak perkara dalam Pilihan Raya Umum daripada pandemik ini," katanya, sambil menambah bahawa para pengundi patut memandang ke masa hadapan dan memastikan terdapat "perbahasan betul" dan "imbangan yang betul" di Parlimen.

Berhubung kemungkinan sebuah pemerintah gabungan dibentuk bersama parti-parti pembangkang lain, Encik Chia berkata "pastinya" PAP akan kekal sebagai pemerintah.

"Mungkin mereka akan menang semua kerusi wajib di Parlimen," katanya, sambil menambah PAP masih boleh membentuk sebuah pemerintah gabungan sebagai parti majoriti jika ia hilang kuasanya.

"Sebuah pemerintah gabungan bukan satu perkara yang buruk," katanya kerana lebih banyak pandangan akan diambil kira dalam penggubalan dasar.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan