Ketua SDP Chee Soon Juan dikenakan arahan POFMA atas catatan media sosial berkait dasar perumahan awam
Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan pada Khamis (22 Feb) dikenakan arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), atas sebuah video yang dikongsinya di media sosial berkaitan dasar perumahan awam.
Video tersebut dimuat naik ke akaun Facebook, Instagram dan TikTok Dr Chee pada 17 Februari.
Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee mengarahkan pejabat POFMA untuk mengeluarkan arahan pembetulan ke atas Dr Lee dan mengemukakan arahan pembetulan kepada TikTok berkaitan catatan itu, umum kementerian tersebut dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Dr Chee diperlukan untuk melakukan notis pembetulan di akaun Instagram dan Facebooknya serta membuat catatan TikTok baharu yang mengandungi notis pembetulan.
Notis tersebut harus menyatakan bahawa video dimuat naik pada 17 Februari mengandungi "kenyataan fakta palsu". Satu pautan kepada penjelasan pemerintah juga harus disediakan.
TikTok juga diperlukan untuk memuat naik notis pembetulan kepada semua pengguna di Singapura yang mempunyai akses kepada catatan tersebut, tambah kementerian itu.
PELBAGAI JENIS FLAT DITAWARKAN
Menurut Factually, laman semak fakta pemerintah, Dr Chee mendakwa dalam videonya bahawa pemerintah menolak idea membina flat yang dapat menampung sebuah tempat tinggal pelbagai generasi.
Untuk menyokong dakwaannya, beliau merujuk kepada jawapan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kepada surat forum Straits Times daripada seorang anggota awam pada 2 Januari. Penulis itu meminta flat lebih besar untuk disertakan dalam tawaran penjualan Bina Ikut Tempahan (BTO), untuk menangani keperluan keluarga yang semakin besar dan mempromosikan kehidupan pelbagai generasi.
"Bertentangan dengan dakwaan Dr Chee, pemerintah tidak menolak cadangan dari surat forum penulis untuk menyertakan flat lebih besar bagi kehidupan pelbagai generasi," umum Factually.
"HDB menawarkan pelbagai jenis flat, daripada flat flexi dua bilik kepada flat 3Gen, di pelbagai lokasi untuk memenuhi keperluan perumahan berbeza dan bajet keluarga pembeli flat kali pertama , keluarga pemilik flat kali kedua, warga emas dan golongan bujang," dedah Factually.
LAPORAN MELAKAR HALA TUJU SINGAPURA
Video Dr Chee juga merujuk kepada laporan Melakar Hala Tuju Singapura (FSG), dan membuat kesimpulan bahawa "Impian Singapura tidak boleh dicapai bagi ramai warga Singapura pada waktu ini".
Rencana Factually menyatakan bahawa Laporan FSG "menekankan perlunya untuk memperbaharui Impian Singapura". Ia menyusuli sesi pendampingan dengan warga Singapura lebih muda yang mendapati bahawa Impian Singapura sudah berkembang menjangkaui kejayaan dalam bentuk harta benda semata-mata.

"Apabila golongan muda bercakap tentang kerjaya dan pekerjaan, mereka sering meluahkan keinginan untuk meraih makna dan tujuan dalam apa yang mereka lakukan, bukan sahaja gaji yang baik," tulis Factually, memetik salah satu halaman daripada laporan FSG.
"Dalam erti kata lain, kami ingin menerima takrifan kejayaan yang lebih luas. Kami mencari Impian Singapura yang lebih inklusif, satu impian di mana kami menghargai setiap individu, menyokong mereka dalam pelbagai aspirasi dan hala tuju, dan meraikan pencapaian mereka serta kejayaan bersama."
Setakat Khamis, Dr Chee belum memuat naik notis pembetulan yang diarahkan oleh perintah POFMA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.