Ketua PSP Francis Yuen lepaskan jawatan, CEC baru ditubuhkan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: PSP
SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) pada Ahad (26 Mac) melantik Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru, dengan Encik Francis Yuen berundur daripada jawatannya sebagai setiausaha agung.
Encik Yuen, 73 tahun, yang mengambil alih jawatan tersebut dua tahun lalu akan kekal sebagai ahli parti pembangkang yang ditubuhkan pada 2019 oleh Dr Tan Cheng Bock, bekas ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP).
"Encik Yuen baru sahaja dilantik sebagai pengerusi eksekutif syarikat yang disenaraikan di luar negara, jadi jawatan baru beliau akan membuatkan ia sukar bagi Encik Yuen memimpin parti ini," menurut PSP dalam sebuah kenyataan.
"Setiausaha agung PSP baru akan diumumkan pada masa akan datang."
Mediacorp diberitahu bahawa anggota jawatankuasa sebanyak 12 orang itu akan melantik pemegang jawatan mereka pada 29 Mac.
Naib pengerusi Wang Swee Chuang dan ketua sayap pemuda Jess Chua juga sudah berundur daripada jawatankuasa itu.
Dr Tan, yang digantikan oleh Encik Yuen sebagai setiausaha agung, kekal sebagai pengerusi PSP dan ahli CEC.
"Berkhidmat dalam CEC memerlukan kerja keras," kata Dr Tan dalam satu kenyataan, memuji jawatankuasa sebelumnya yang dipilih pada April 2021.
Beliau juga memuji dua Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) PSP - Encik Leong Mun Wai dan Cik Hazel Poa - kerana menunjukkan prestasi "sangat baik" di Parlimen.
Encik Abas ialah tambahan baru kepada CEC, Encik Jeffrey Khoo dan Encik Nadarajan Loganathan yang merupakan sebahagian daripada pasukan PSP yang bertanding GRC West Coast juga merupakan wajah baru dalam CEC.
Cik Tan Chika, yang menyertai CEC pada 2020 tetapi dikecualikan pada 2021, dipilih kali ini.
CEC baru akan berkhidmat selama dua tahun sehingga Mac 2025.
Dalam kenyataannya, Dr Tan menyifatkan PSP sebagai sudah "mendapat pengiktirafan daripada orang ramai", dan berkata matlamatnya adalah untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam Dewan.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.