Ketua pengarah MFA kemuka rayuan berkait penggunaan beg diplomatik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang ketua pengarah di Kementerian Ehwal Luar (MFA) ke Mahkamah Tinggi pada Selasa (1 Okt) untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara seminggu ke atasnya kerana berbohong kepada kementerian itu berhubung beg-beg diplomatik yang digunakan.
Gilbert Oh Hin Kwan, 45 tahun, mengaku bersalah pada April atas tuduhan memberi maklumat palsu kepada kakitangan perkhidmatan awam.
Dia berbohong kepada rakan sekerjanya bahawa jam tangan mewah yang dijumpai dalam sebuah beg diplomatik yang dihantar mengikut arahannya adalah milik bapanya, antara lain.
Pada hakikatnya, jam-jam tangan mewah itu dan barangan lain adalah milik rakan Oh di China. Oh bersetuju untuk membantu menghantar barangan tersebut dari China ke Singapura sebagai bantuan peribadi. Dia kemudian meminta seorang rakan sekerja yang tidak tahu menahu di MFA, yang bertugas di bawah kedutaan Singapura di Beijing, untuk membantu menghantar barangan tersebut menerusi khidmat beg diplomatik.
Rakannya kemudian membawa barangan tersebut dalam bagasinya menaiki pesawat dari China ke Singapura pada Januari 2023 memandangkan khidmat beg diplomatik digantung pada waktu, dan bagasinya diperiksa oleh para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Lapangan Terbang Changi, mencetuskan siasatan oleh polis dan MFA.
Di mahkamah rendah, kedua-dua pihak pembela dan pendakwa hanya meminta Oh dikenakan denda.
Peguam Oh ketika itu, Encik Shashi Nathan dari Withers KhattarWong, meminta denda kurang S$5,000, manakala pihak pendakwa meminta denda S$6,000 hingga S$9,000.
Hakim Daerah Sharmila Sripathy-Shanaz, bagaimanapun, mendapati hukuman penjara harus dikenakan dan menjatuhkan hukuman penjara seminggu ke atas Oh.
Beliau berkata kesalahan itu berisiko menghakis kredibiliti MFA dan perkhidmatan awam secara keseluruhan, memandangkan objektif Oh adalah untuk mengganggu siasatan dalam MFA ke atas perbuatannya.
Oh juga seorang kakitangan perkhidmatan awam yang berpangkat tinggi yang menyelewengkan siasatan, yang boleh membawa bahaya kepada kepentingan awam, kata hakim.
Pada Selasa, Oh mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjaranya dan meminta agar hanya dikenakan denda, dengan sekumpulan peguam bela baharu yang dipimpin Peguam Kanan Tan Chee Meng dari WongPartnership.
Encik Tan menyoal pendirian pihak pendakwa yang berubah, dengan bertanya mengapa mereka pada awalnya hanya meminta dikenakan denda ke atas Oh tetapi sekarang meminta hukuman penjara seminggu.
Beliau bertanya apa yang berubah sehingga pihak pendakwa mengubah keputusan "180 darjah".
Beliau memberikan surat daripada pendakwa raya, yang mendakwa terdapat persetujuan bahawa jika Oh mengaku bersalah, dia akan dikenakan denda.
Encik Tan meminta mahkamah menolak hukumen penjara seminggu yang disifatkan sebagai "berlebihan" dan menjunjung hukuman asal bagi denda, sambil berkata hakim daerah "gagal meneliti dengan betul fakta yang ada dan membuat keputusan bercanggah dengan prinsip undang-undang".
Sebagai menjawab dakwaan itu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Pei Wei menolak tanggapan bahawa rayuan Oh bergantung kepada tawaran rayuan dan pendirian hukuman asal daripada pendakwa.
Beliau berkata terdapat surat-surat sebelum itu yang relevan, tetapi beliau memerlukan masa untuk memperolehinya memandangkan hujah-hujan itu baru sahaja dibuat Encik Tan.
Cik Tan menambah jelas daripada penyerahan yang dibuat peguam bela sebelum ini bahawa Oh sememangnya mahu membuat pengakuan bersalah.
Menurut Cik Tan lagi, walaupun pihak pendakwa tidak meminta hukuman penjara pada awalnya, itu tidak bermakna mereka "dihalang daripada mempertahankan keputusan hakim daerah apabila keputusan itu wajar dan munasabah untuk dipertahankan".
Hakim Dedah Singh Gill, yang mendengar hujah-hujah rayuan, kemudian meminta pihak pendakwa menyerahkan surat-surat yang lain dan mengarahkan kedua-dua pihak supaya memberitahu beliau bagaimana mereka menafsirkan surat-surat tersebut.
Beliau kemudian menangguhkan kes ke tarikh lain.
Oh yang kelihatan suram sepanjang perbicaraan, kekal di bawah ikat jamin semasa kes rayuan.
Mahkamah sebelum ini dibertahu bahawa Oh sudah menyerahkan peletakan jawatannya kepada MFA, tetapi ini tidak boleh diproses selagi kes masih berjalan.
Denda bagi kesalahan memberi maklumat palsu kepada kakitangan perkhidmatan awam adalah penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.