Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketua Pengarah MFA dipenjara kerana berbohong kepada kementerian mengenai penggunaan beg diplomatik

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pengarah MFA dipenjara kerana berbohong kepada kementerian mengenai penggunaan beg diplomatik

Gilbert Oh Hin Kwan di Mahkamah Negara pada 26 Apr 2024. (Gambar: Raydza Rahman/CNA)

Diterbitkan : 20 May 2024 12:24PM Dikemas Kini : 20 May 2024 02:30PM
SINGAPURA: Seorang ketua pengarah di Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (20 Mei) dihukum penjara seminggu kerana berbohong kepada kementerian tersebut mengenai penggunaan beg diplomatik untuk menghantar jam tangan mewah bagi seorang rakannya.

Gilbert Oh Hin Kwan, 45 tahun, mengaku bersalah bulan lalu atas satu tuduhan memberi maklumat palsu kepada kakitangan awam pada 2023.
Dua tuduhan lain diambil kira dalam menjatuhkan hukuman. Ini termasuk bersubahat menipu MFA berkaitan jam mewah itu, dan menipu MFA mengenai pakej Panadol yang dihantar melalui perkhidmatan beg diplomatik MFA.

Peguamnya telah memfailkan rayuan sejurus selepas hukuman dikenakan.

Pihak pendakwa telah menggesa mahkamah mengenakan denda S$6,000 to S$9,000, manakala pihak pembelaan meminta denda kurang daripada S$5,000.

Hukuman bagi memberi maklumat palsu kepada kakitangan awam ialah penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan