Skip to main content

Singapura

Ketua Pembangkang Pritam Singh sekali lagi diberi hak istimewa Parlimen

Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh sekali lagi akan diberi hak istimewa Parlimen dan sumber untuk menggajikan kakitangan tambahan dalam peranannya sebagai Ketua Pembangkang.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pembangkang Pritam Singh sekali lagi diberi hak istimewa Parlimen

Gambar fail yang menunjukkan ketua pembangkang dari Parti Pekerja, Encik Pritam Singh. (Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 22 Sep 2025 05:42PM Dikemas Kini : 22 Sep 2025 06:17PM
SINGAPURA: Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh sekali lagi akan diberi hak istimewa Parlimen dan sumber untuk menggajikan kakitangan tambahan dalam peranannya sebagai Ketua Pembangkang.

Ini termasuk diberikan masa lebih panjang untuk berucap semasa perbahasan dan beilau lazimnya akan diberikan hak untuk memberi respons pertama dalam kalangan Anggota Parlimen apabila Parlimen membahaskan dasar, rang undang-undang serta usulan.

Encik Pritam juga akan menerima taklimat sulit berhubung isu-isu penting negara.

Peranan Ketua Pembangkang diiktiraf secara rasmi dan diaksanakan pada 2020.

"Sebagai Ketua Pembangkang, Encik Pritam akan menerajui dan mengatur urusan parlimen pihak pembangkang dalam parlimen terbesar kita sejauh ini.

"Ini termasuk mengetuai pembangkang dalam menyampaikan pandangan alternatif dalam perbahasan parlimen mengenai dasar-dasar, rang undang-undang dan usulan, meneliti pendirian dan tindakan pemerintah di Parlimen, serta mencalonkan anggota-anggota pembangkang untuk pelantikan jawatankuasa pilihan tetap dan jawatankuasa pilihan Parlimen yang lain," kata Ketua Dewan Indranee Rajah.

"Peranan Ketua Pembangkang akan terus berubah pada masa hadapan.

"Kedudukan, tugas dan hak istimewa mungkin dikemas kini bila jika perlu, bagi memenuhi konteks parlimen Singapura dengan lebih baik.

"Ini mengambil kira matlamat mempunyai pembangkang untuk meneliti pendirian dan tindakan pemerintah di Parlimen, serta menyampaikan pandangan alternatif dan saranan untuk dibahaskan," kata Speaker Parlimen Seah Kian Peng.
Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita