Ketua pegawai kewangan Cordlife diberkas, bebas atas ikat jamin
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Laman web Cordlife, Facebook/Ong Ye Kung)
SINGAPURA: Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Cordlife Thet Hnin Yi diberkas sedang siasatan terhadap pengendalian syarikat itu berhubung unit darah tali pusat yang didedahkan pada suhu yang tidak sesuai.
Sebelum ini, Cordlife mengumumkan bahawa Ci Thet sedang membantu siasatan polis dan tidak diberkas.
Dalam pemfailan bursa pada Rabu (27 Mac), syarikat tersebut menyatakan Cik Thet menghadiri satu lagi sesi temu bual di pejabat
Jabatan Ehwal Komersil (CAD) polis. Dia kemudian diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin.
"Syarikat ini dimaklumkan bahawa kesalahan yang mengakibatkan Cik Thet diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin, kemungkinan besar terkait dengan pelanggaran tangunggjawab syarikat, berhubung beberapa tangki kriogenik yang didedahkan kepada suhu yang tidak sesuai, didedahkan syarikat ini dalam pengumumannya pada 30 Nov, 2023."

Pada Rabu, syarikat tersebut menyatakan bahawa ia lebih baik jika Cik Thet meneruskan tugasnya sebagai CFO Cordlife, kerana dia sudah berkhidmat selama 17 tahun dan "sudah terbiasa dengan nombor dan maklumat berkaitan sejarah kewangan dan semasa" syarikat itu.
Buat masa ini, Cik Thet sedang bertugas sebagai juruaudit luar untuk menutup akaun bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.