Skip to main content

Singapura

Ketua Gabenor Australia Mostyn kunjungi Presiden Tharman, PM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Gabenor Australia Mostyn kunjungi Presiden Tharman, PM Wong

PM Lawrence Wong bertemu Ketua Gabenor Australia Sam Mostyn pada 4 Ogos 2025. (Gambar: PMO)

Diterbitkan : 04 Aug 2025 10:29PM Dikemas Kini : 04 Aug 2025 10:43PM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata mereka menantikan saat bagi meningkatkan Perkongsian Strategik Menyeluruh dengan Australia pada lewat tahun ini.

Pada Isnin (4 Ogos), kedua-dua pemimpin Singapura itu bertemu dengan Ketua Gabenor Australia Sam Mostyn pada hari kedua lawatan beliau ke negara ini.

Dalam pertemuannya dengan PM Wong, kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan akrab dan juga pertukaran kebudayaan sesama rakyat.

PM Wong dijangka melakukan lawatan ke Australia pada lewat tahun ini.

Perkongsian strategik itu dijangka dipertingkatkan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik yang terjalin antara Singapura dengan Australia.

Semasa pertemuan Cik Mostyn dengan Presiden Tharman pula, mereka membincangkan cara-cara mengukuhkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti pertahanan dan ekonomi hijau.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita