Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketua Eaglevision Sabariah Ramilan kini Ketua Unit Audiens Melayu; ganti Zakiah Halim

Ketua Eaglevision, Mediacorp Studios Sabariah Ramilan, dilantik sebagai Ketua Unit Audiens Melayu Mediacorp yang baru, berkuat kuasa serta merta.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Eaglevision Sabariah Ramilan kini Ketua Unit Audiens Melayu; ganti Zakiah Halim

Sabariah Ramilan kini Ketua Unit Audiens Melayu. (Gambar: Mediacorp)

BERITAmediacorp: Ketua Eaglevision, Mediacorp Studios Sabariah Ramilan, dilantik sebagai Ketua Unit Audiens Melayu Mediacorp yang baru, berkuat kuasa serta merta.

Beliau menggantikan Ketua Unit Audiens Melayu Mediacorp yang sekarang, iaitu Cik Zakiah Halim.

"Setelah bertahun lamanya bertugas dalam bidang penerbitan televisyen, saya berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar ini dan ingin bekerjasama dengan semua pasukan di Suria, Warna, Ria dan Eaglevision," kata Cik Sabariah.

Cik Sabariah bakal menyuntik kesegaran dalam program-program dan strategi-strategi penyepaduan kandungan baik dari segi video, audio mahupun digital. Ini bertujuan meningkatkan lagi jumlah penonton sekaligus pendapatan.

"Sepanjang beberapa tahun lalu, Mediacorp menyuntik kesegaran ke dalam program-programnya dan memperbaharui semula wadah-wadahnya untuk mencerminkan kerencaman masyarakat kita dan keperluan serta kecenderungan mereka yang berubah-ubah.

"Untuk masyarakat Melayu, kami mempergiat usaha untuk mendampingi dan menghubungkan masyarakat menerusi inisiatif-inisiatif dan kerjasama baru serta menghasilkan kandungan yang lebih menarik perhatian mereka di TV, Radio dan Digital," ujar Cik Sabariah.

Sabariah Ramilan kini Ketua Unit Audiens Melayu. (Gambar: Mediacorp)

Dalam pada itu, Cik Sabariah akan tetap memegang jawatannya sebagai Ketua Eaglevision.

Cik Sabariah disifatkan sebagai seorang ketua yang terbukti kepimpinannya.

Beliau sudahpun memainkan pelbagai peranan sepanjang tempoh 37 tahun kerjayanya di Mediacorp. Ini termasuk sebagai pengkaji program, penulis dan penerbit.

Beliau mula menyandang jawatan sebagai ketua Eaglevision pada tahun 2014.

Setiap tahun, unit tersebut menerbitkan sebanyak 300 jam program untuk Suria dan Vasantham. Ia juga menerbitkan program-program bersama dengan rangkaian-rangkaian media lain bagi para penonton serantau.

Di bawah kepimpinan Cik Sabariah, Mediacorp Eaglevision berjaya menerbitkan beberapa rancangan seperti Bunga Tanjong, Bingit, Vettai, Amarkala Deepavali dan Mat Yoyo, yang kesemuanya pernah memenangi anugerah.

Sementara itu, pemimpin terdahulu, Cik Zakiah akan meninggalkan Mediacorp pada hujung bulan Ogos ini untuk meneroka peluang-peluang lain.

Sepanjang kerjayanya, Cik Zakiah memainkan peranan utama mengukuhkan stesen-stesen radio Melayu dan mengekalkan kedudukannya sebagai stesen-stesen pilihan pendengar.

Stesen Warna 94.2FM terus menjadi stesen radio paling lama didengarkan iaitu 16 jam 7 minit seminggu. Jumlah pendengar Warna juga kian meningkat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan