Ketua CNB Sam Tee ambil alih jawatan pengarah CPIB mulai September
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) akan mendapat pengarah baharu mulai 1 Sep.
Encik Tee Chong Fui Sam, ketua Biro Narkotik Pusat (CNB) sekarang ini, akan menggantikan Encik Denis Tang, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu (7 Ogos).
Encik Tang, yang dipinjamkan ke biro itu, telah berkhidmat sebagai pengarah CPIB sejak 1 Okt 2018.
Beliau akan kembali ke Kementerian Dalam Negeri (MHA).
Encik Tee dilantik ke jawatan itu oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam, dengan nasihat daripada Perdana Menteri Lawrence Wong, kata PMO.
Penolong Kanan Pesuruhjaya polis itu menyertai pasukan tersebut pada 1994.
"Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang beberapa jawatan kanan dalam Home Team, termasuk Komander Bahagian Polis Lapangan Terbang, dan Polis Trafik, serta juga Pengarah Kanan Kumpulan Operasi Bersama di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri," tambah PMO.
Menurut kenyataan itu lagi, Encik Tee juga mengetuai CNB dan "berjaya memastikan keadaan dadah di Singapura terkawal, menangkap dan menyiasat ramai pengedar dan meumpaskan banyak sindiket dadah, termasuk di luar negara dengan bantuan rakan kongsi asing".
Dalam satu kenyataan berasingan, MHA berkata bahawa Encik Tee, 54 tahun, dilantik sebagai pengarah CNB pada November 2022.
PEMANGKU PENGARAH CNB
Timbalan pengarah operasi CNB, Leon Chan Liang Hua, akan dilantik sebagai pemangku pengarah biro itu mulai 1 Sep, selain kekal dalam jawatannya sekarang, yang dipegangnya sejak Jun 2021.
Berusia 43 tahun, beliau menyelia semua bahagian operasi CNB serta unit psikologinya.
"Encik Chan telah menyelia penggunaan teknologi baharu untuk meningkatkan operasi CNB, seperti penggunaan kit ujian air liur yang membolehkan pegawai CNB mengesan penyalahgunaan dadah dengan lebih cekap semasa operasi," kata MHA.
Beliau juga bertanggungjawab ke atas program rintis CNB "Supervision 2.0", yang meningkatkan keberkesanan biro itu dalam menyelia bekas penyalahguna dadah, dan juga termasuk inisiatif seperti ujian rambut untuk pengesanan dadah untuk mengurangkan gangguan kepada kehidupan penyelia.

Sumber : CNA/SU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.