Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketua Audit Negara baru dilantik, ambil alih tugas pada 8 Feb

Cik Goh Soon Poh dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya pada Isnin (7 Jan). Beliau akan mengambil alih jawatan itu pada 8 Februari, menggantikan Encik Willie Tan Yoke Meng yang akan bersara selepas tempoh penggalnya tamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Audit Negara baru dilantik, ambil alih tugas pada 8 Feb

Cik Goh Soon Poh (kiri) dilantik ambil alih Encik William Tan sebagai Ketua Audit Negara bermula 8 Feb. (Gambar: PMO)

Diterbitkan : 07 Jan 2019 06:48PM Dikemas Kini : 07 Jan 2019 06:52PM

SINGAPURA: Cik Goh Soon Poh dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya pada Isnin (7 Jan).

Beliau akan mengambil alih jawatan itu pada 8 Februari, menggantikan Encik Willie Tan Yoke Meng yang akan bersara selepas tempoh penggalnya tamat.

Cik Goh, 56 tahun, akan melepaskan jawatan timbalan setiausaha di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan PMO.

Dalam jawatannya di MHA, Cik Goh menyelia hal-hal berhubung kewangan, pemerolehan dan audit dalaman.

Pada masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai timbalan setiausaha (penyelarasan keselamatan) di PMO pada 2016, bagi membantu Setiausaha Tetap menyelia kerja-kerja Sekretariat Penyelaras Keselamatan Negara dan Jabatan Pilihan Raya.

Ketua Perkhidmatan Awam Leo Yip merakamkan penghargaannya buat Encik Tan, 63 tahun, atas khidmatnya dalam perkhidmatan awam selama 45 tahun dan enam tahun sebagi Ketua Audit Negara.

Kenyataan PMO menambah: "Sepanjang tempoh penggalnya, beliau menerajui Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) untuk membentuk semula dan menajamkan lagi strategi audit serta mengukuhkan kebertanggungjawaban awam dan memperkukuhkan pentadbiran kewangan. AGO turut memberikan tumpuan khusus kepada mutu audit dan menerbitkan dapatannya dengan lebih jelas.

"Encik Tan memperkenalkan pendekatan tematik, yang membolehkan AGO untuk melaksanakan audit yang lebih terperinci di samping menarik perhatian kepada kelemahan serta perkara-perkara positif yang boleh dijadikan teladan."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan