Skip to main content

Singapura

Ketibaan pelancong ke SG dijangka pulih ke tahap sebelum pandemik jelang 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Ketibaan pelancong ke SG dijangka pulih ke tahap sebelum pandemik jelang 2024

Dewan ketibaan Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dengan pintu masuk imigresen berautomasi. (Gambar: Changi Airport Group)

SINGAPURA: Ketibaan pelancong di negara ini dijangka pulih ke tahap sebelum pandemik menjelang tahun 2024, iaitu
lebih awal daripada ramalan sebelumnya pada pertengahan dekad ini.

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Alvin Tan berkata ia berikutan pemulihan global yang kukuh.

Justeru, Singapura akan melabur sekitar S$110 juta sepanjang dua tahun akan datang untuk menyokong pemulihan sektor pelancongan negara.

Ia adalah sebahagian daripada pendanaan S$500 juta yang diumumkan pada April 2022.

Encik Tan berkata pemulihan lebih cepat daripada jangkaan itu adalah disebabkan oleh beberapa faktor.

Ia termasuk pembukaan semula sempadan China dan beberapa acara yang akan diadakan di Singapura.

Berucap di temasya Grand Prix Layar Singapura yang julung-julung kalinya diadakan di sini, Encik Tan menyifatkan acara itu sebagai petanda tentang apa yang boleh ditawarkan Singapura pada masa depan.

"Kami sedang meneroka pelbagai peluang. GP Layar misalnya bermula pada 2018 dan tahun ini merupakan musim ketiga dengan Singapura disertakan dalam kalendar temasya itu," kata Encik Tan.

Tambah beliau Singapura berjaya memperoleh hak untuk menganjurkan acara itu bagi tiga tahun lagi.

"Kami juga bakal menganjurkan Art SG dan Minggu E-sukan Olympik yang diadakan buat julung-julung kalinya.

"Jadi, apa yang kami lakukan ialah cuba melihat cara baru, cara kreatif baru untuk membawa masuk produk baru ke Singapura, dan menjadikan Singapura sebagai hab pelancongan, sukan, dan juga riadah."
Sumber : CNA/SU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita