"Ketersambungan putus-putus"; khidmat berkait NETS tidak boleh digunakan
Anggaran Waktu Membaca:
Perkhidmatan berkaitan NETS tidak beroperasi pada Jumaat (3 Nov) akibat isu ketersambungan, dengan beberapa pengguna melaporkan masalah di mana pembayaran mereka tidak dinyatakan atau mereka dicaj beberapa kali.
Menerusi catatan di Facebook sekitar pukul 12.20 tengah hari, NETS menyatakan bahawa NETS QR dan eNETS kini mengalami "isu ketersambungan yang terputus-putus".
"Kami sedang berusaha memastikan perkhidmatan kembali stabil. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda."
DBS menyatakan dalam satu catatan berasingan bahawa perkhidmatan berkaitan NETS, termasuk Imbasan & Bayar QR NETS, tidak boleh digunakan buat masa ini.
Bank itu berkata pelanggannya boleh terus menggunakan kad kredit dan debit DBS/POSB mereka, serta PayNow, untuk membuat pembayaran.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.