Skip to main content

Singapura

Ketangkasan, semangat berpasukan: Bagaimana polis tahan lelaki acu pisau di Yishun

Pihak polis tidak menyangka ketika mereka menjawab panggilan meminta bantuan di Yishun Ring Road pada 9 Januari, mereka berdepan dengan situasi yang berbahaya dan tidak dapat dijangkakan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pihak polis tidak menyangka ketika mereka menjawab panggilan meminta bantuan di Yishun Ring Road pada 9 Januari, mereka berdepan dengan situasi yang berbahaya dan tidak dapat dijangkakan.

Seorang lelaki menjadikan seorang wanita tahanannya sambil mengacukan   pisau pada lehernya di luar sebuah kedai kopi. Lelaki itu kelihatan resah gelisah.

Selama 20 minit berikutnya, pegawai dari Pasukan Tindak Balas dan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) Divisyen Polis Woodlands cuba memujuk  lelaki tersebut. 

Ketika suspek leka, Sarjan 3 (Sgt 3) Mohd Syarhan Zaharin bertindak pantas dengan menyambar  lelaki itu dari belakang.

"Dalam fikiran saya masa itu, ialah makcik tersebut harus  diselamatkan dan tidak cedera. Saya yakin untuk bertindak ketika itu," katanya.

Suspek,  Mohamed Faizal Mohamed Ariff sudah didakwa. Siasatan awal menunjukkan dia diuji positif bagi dadah terkawal.

Inspektor Stesen (SI) Watson Chiew Sheng, merupakan ketua pasukan bertugas yang menangani kejadian itu.

"Lelaki itu kelihatan seperti tidak waras, jadi saya perlu berhati-hati mengawasi   tindakan seterusnya," kata SI Tan yang mempunyai pengalaman selama 22 tahun.

Beliau bertanggungjawabmenyelaraskan tindakan bersama pegawainya untuk "mengawal kejadian" sementara menantikan ketibaan Pasukan Respons Kecemasan.

"Sebarang bentuk kekerasan dapat memburukkan lagi keadaan dan mendatangkan  bahaya kepada mangsa," tambahnya.

MANGSA KAKU KETAKUTAN

Meski dalam keadaan yang sukar dikawal, Penolong Superintendan Polis (ASP) Paul Chew berkata beliau cuba untuk bertenang dan memberi tumpuan pada misi menyelamatkan mangsa yang kaku ketakutan

Wanita itu  seorang penduduk Yishun berusia 60 tahun, mengalami kecederaan ringan dengan kesan melecet pada dagunya. Beliau tidak mahu dibawa ke hospital.
 
NSF TURUT BANTU

Ketika pegawai polis sedang cuba memujuk Faizal, 
seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) Korporal (Cpl) Yang Kai Sang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di  Pusat Polis Kejiranan Ang Mo Kio South dan melihat kekecohan yang berlaku.

"Saya dengan segera menolong pegawai lain untuk menahan lelaki itu, ia tidak mudah kerana dia bergelut dan tidak memberi kerjasama," kata Cpl Yang, yang berkhidmat dalam pasukan polis hampir setahun lalu.

Bagi Sgt 3 Syarhan, beliau  berkata ibunya mengenali suaranya dari video kejadian tersebut yang tular online dan menanyakan tentang keadaan beliau.

Tambah Sgt 3 Syarhan, beliau biasanya tidak memberitahu anggota keluarganya tentang tugas sehariannya.

Isteri ASP Chew sedang hamil
ketika itu dan berasa "sangat risau" apabila ASP Chew memberitahunya mengenai kejadian tersebut.

Isterinya melahirkan bayi pertama pasangan itu, seorang bayi lelaki pada Khamis (19 Jan).

ASP Chew berkata beliau percaya selagi apa yang mereka "lakukan adalah betul", mereka tidak harus bimbang.

“Sudah tentu sentiasa akan ada orang yang mengkritik. Akan ada orang yang bertanya mengapa kita tidak melakukan ini? Mengapa kita tidak berbuat demikian?" tambahnya.

"Tetapi akhirnya, jika kita tahu sebab kita melakukan apa yang kita lakukan dan hati nurani kita bersih, kita benar-benar tidak perlu risau."

Sumber : CNA/AE/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita