Ketam paya bakau dibiak di SG buat pertama kali; bantu fahami pemanasan bumi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejenis ketam bertompok yang hanya ditemui di Singapura sudahpun dibiakkan buat pertama kalinya.
Usaha tersebut berjaya dilakukan para saintis dari Lembaga Taman Negara (NParks) selama kira-kira setahun.
Ia adalah sebahagian daripada rancangan lebih memperluaskan untuk memulihara biodiversiti Singapura - yang seterusnya bagi membantu memerangi pemanasan bumi.
Menyelamatkan spesies yang dalam bahaya pupus seperti ketam paya bakau boleh menjadi kunci bagi memerangi perubahan iklim.
Disebabkan itulah para pengkaji berusaha gigih untuk mencari dan menangkap ketam-ketam itu, yang hanya aktif pada waktu malam.
Ia sering sembunyi di kawasan tebing berlumpur di Hutan Paya Nee Soon.
Sejauh ini, para pengkaji berjaya membiak dua generasi ketam tersebut, dan mengembalikan sebahagian anak-anak ketam ke kawasan hutan paya itu.
Lagi 20 ekor ketam pula ditempatkan di kawasan berlainan untuk melihat sama ada ia dapat hidup dengan baik di persekitaran baru.

Sumber : CNA/KS/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.