Ketahui pemenang peraduan menyanyi SPOP WAVE!
SINGAPURA:Pemenang peraduan menyanyi SPOP WAVE! sudah diumumkan. Gao Mei Gui berjaya menewaskan pesaingnya Ridhwan dan Sherly Devonne Ng di peringkat akhir peraduan tersebut yang berlangsung di Capital Theatre Singapore pada Selasa (21 Dis).
Persembahan wanita berusia 32 tahun itu yang juga seorang penerbit dan penyampai, membuat juri tetap Kit Chan, Lee Wei Siong dan Lee Si Song serta juri jemputan, WeiBird Wei, sangat terpegun dengan persembahannya. Gao menyanyikan dua lagu - Take it Slow dan Cliff To The Heaven.
Dia juga berjaya memikat hati peminat apabila berjaya meraih jumlah undi tertinggi daripada orang awam, yang membentuk 50 peratus markah keseluruhan.
"Perjalanan ini ibarat mimpi dan kemenangan ini bagaikan mimpi! Terlalu ramai orang yang perlu saya ucapkan terima kasih dan rasa syukur saya," kata Gao selepas digelar juara SPOP WAVE!.
"Saya akan lakukan itu dalam masa terdekat, tetapi sementara itu, saya mahu tidur dulu dan nikmati makanan yang lazat!"
Gao membawa pulang hadiah bernilai S$20,000 berbentuk wang tunai S$2,000 dan kerusi urut OSIM uDream.
Naib juara, Ridhwan dan tempat ketiga, Sherly Devonne Ng masing-masing memenangi sebuah set sistem karaoke dan wang tunai berjumlah S$1,899 dan $1,499.
Penonton turut dikejutkan dengan "penampilan" bintang Mandopop JJ Lin, serta juri jemputan, WeiBird Wei yang mempersembahkan lagu popularnya Red Scarf menerusi satu rakaman video.
SPOP WAVE! merupakan peraduan menyanyi anjuran Mediacorp untuk memberi peluang kepada personaliti tempatan mencapai impian mereka.
Mereka yang terlepas menonton SPOP WAVE! boleh menyaksikan keseluruhan rakaman peraduan tersebut di meLISTEN, meWATCH dan Mediacorp Entertainment di YouTube.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.