Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesilapan manusia, kurang waspada punca utama serangan 'phishing'

Insiden kobocoran data yang menjejas ribuan kakitangan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan SAF adalah disebabkan 'malware' atau perisian hasad yang dihantar ke akaun emel para pekerja syarikat ST Logistics.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Dec 2019 09:10PM Dikemas Kini : 22 Dec 2019 09:24PM

SINGAPURA: Insiden kobocoran data yang menjejas ribuan kakitangan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan SAF adalah disebabkan 'malware' atau perisian hasad yang dihantar ke akaun emel para pekerja syarikat ST Logistics.

Seorang pakar keselamatan siber yang ditemui Mediacorp berkata seringkali serangan 'phishing' atau memancing data seperti itu berlaku kerana kesilapan manusia atau kurang sikap waspada.

Data oleh Agensi Keselamatan Siber menunjukkan bahawa URL memancing data atau 'phishing' dengan pautan Singapura merosot sebanyak 30 peratus daripada lebih 23,000 pada tahun 2017 kepada sekitar 16,000 tahun lalu.

Namun insiden terbaru ini menunjukkan bahawa kegiatan memancing data masih berleluasa.

Menurut konsultan keselamatan siber Anthony Lim, para penggodam tahu bahawa syarikat-syarikat seperti ST Logistics mempunyai kawalan keselamatan siber yang kukuh.

Lantaran itu penggodam menghantar emel 'phishing' kepada "sasaran lemah" iaitu akaun para pekerja dengan harapan mereka akan membuka emel yang mengandungi perisian hasad.

"Mereka (penyerang) akan masuk menerusi perisian, mereka menyasarkan sasaran lemah. Mereka hantar emel dengan fail atau pautan tercemar, dengan harapan kakitangan yang menerima emel itu akan klik - itulah phishing," jelas Encik Lim.

"Si kakitangan apabila menekan klik pada emel tercemar itu, membenarkan perisian hasad atau virus membolosi sistem dan menyebabkan kebocoran data."

Tambahnya, para penggodam hanya perlu mencari satu sahaja kelemahan pada sistem keselamatan siber sesebuah syarikat untuk mencerobohnya.

Sekiranya data yang dicuri mengandungi butir-butir kad kredit, nama atau nombor kad pengenalan, ia boleh dijual untuk tujuan pemasaran atau kegiatan-kegiatan haram.

Lantaran itu, beliau menasihati syarikat-syarikat supaya mendapatkan khidmat syarikat-syarikat IT yang bertauliah dan memenuhi piawai seperti ISO27K. 

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan