Kesihatan wanita: MOH pertimbang ujian ketumpatan tulang di bawah SG Lebih Sihat
Kementerian Kesihatan (MOH) sedang mempertimbangkan pelaksanaan ujian ketumpatan tulang sebagai sebahagian daripada inisiatif SG Lebih Sihat bagi membantu kaum hawa di sini menguruskan osteoporosis, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Ahad (8 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang mempertimbangkan pelaksanaan ujian ketumpatan tulang sebagai sebahagian daripada inisiatif SG Lebih Sihat bagi membantu kaum hawa di sini menguruskan osteoporosis, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Ahad (8 Mac).
Bercakap kepada media di luar acara Festival Wanita Sembawang West, Encik Ong berkata keadaan tersebut – yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan lebih mudah patah – terutamanya menjejaskan golongan wanita yang mengalami menopaus.
Ahad menandakan Hari Wanita Antarabangsa.
Encik Ong sebelum itu memberitahu para hadirin di festival tersebut bahawa beliau secara peribadi menyedari selepas mengambil alih portfolio kesihatan bahawa kesihatan wanita memerlukan perhatian khusus.
Salah satu sebabnya ialah penyelidikan sebelum ini lazimnya memberi tumpuan kepada golongan lelaki, jelas Encik Ong, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial.
“Kedua, walaupun wanita hidup lebih lama, wanita mempunyai cabaran kesihatan tersendiri, contohnya barah payudara atau kitaran hormon dan juga menopaus,” kata beliau, sambil menambah bahawa menopaus menyebabkan banyak komplikasi.
Wanita juga sering menjadi penjaga kepada anggota keluarga mereka dan berdepan tekanan tambahan, justeru memerlukan lebih banyak sokongan, kata Encik Ong.
“Jadi saya fikir bagi MOH (Kementerian Kesihatan), kami akan memberi lebih perhatian kepada kesihatan wanita,” kata beliau kepada para hadirin di festival yang berlangsung di Woodlands Mart itu.
Turut hadir bersamanya pada Ahad ialah Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang Poh Li San, yang menyelia kawasan undi Sembawang West.
PENCAPAIAN DASAR
Pada Ahad, Encik Ong memberitahu para wartawan bahawa perubahan dasar tersebut penting kerana ia menilai semula andaian yang sudah lama wujud.
Kementeriannya mengumumkan beberapa perubahan semasa perbahasan di parlimen berhubung belanjawan bagi tahun akan datang, seperti menaikkan had pengeluaran MediSave serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menangani penyakit-penyakit kronik.
“Ini merupakan pencapaian penting, bukan perubahan dasar yang besar, tetapi pencapaian yang penting, kerana ia mempersoalkan dan menilai semula beberapa andaian dasar yang telah lama wujud,” kata Encik Ong.
Sebagai contoh, pemerintah kini bersedia memperluaskan MediShield Hayat – skim insurans kesihatan nasional – untuk meliputi pembedahan pencegahan, yang merupakan “sesuatu yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini”.
Ini dapat dilakukan hasil kemajuan sains, khususnya dalam bidang genomik dan AI, kata Encik Ong.
“Anda dapat mengelakkan rawatan yang menyakitkan pada masa hadapan, dan ia juga menjimatkan kos dan sebenarnya tidak menimbulkan beban kewangan kepada sistem kami,” kata beliau.
Perubahan-perubahan kepada skim MediSave juga mengiktiraf bahawa ia kini tidak lagi mempunyai satu tujuan tradisional sahaja, kata Encik Ong.
“Apabila MediSave dilaksanakan beberapa dekad lalu, tujuan utamanya ialah untuk kita menabung bagi menghadapi waktu susah, sekiranya kita memerlukan pembedahan kecemasan, atau pada usia senja, memerlukan tempoh rawatan hospital yang panjang,” jelas beliau.
Dengan jangka hayat yang semakin panjang hari ini, skim tersebut kini mempunyai dua tujuan, iaitu membolehkan orang ramai “mengamalkan jagaan pencegahan yang baik dan menguruskan penyakit kronik dengan berkesan”, kata Encik Ong.
Menjawab soalan daripada Mediacorp, Encik Ong berkata penggunaan MediSave “harus sentiasa diimbangi”, sesuatu yang perlu diuruskan dengan teliti, kerana jika seseorang menggunakannya dengan lebih banyak bagi keperluan hari ini, baki yang tinggal untuk masa depan akan berkurangan.
Encik Ong turut menekankan rancangan MOH untuk memanfaatkan teknologi, khususnya AI dan genomik, bagi meningkatkan penyampaian jagaan kesihatan pencegahan.
“Visi kami, jika kita melakukannya dengan baik, teliti, sesuai dan bertanggungjawab, saya fikir ada kemungkinan untuk mempunyai sistem jagaan pencegahan yang dapat diperibadikan dan boleh diramal,” kata beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.