Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesihatan mental masyarakat Melayu/Islam antara tumpuan Program Saham Kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
02:50 Min
Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menyanjung usaha agensi-agensi M³ dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan.
SINGAPURA: Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menyanjung usaha agensi-agensi M³ dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan.

Selain tumpuan menggalak saringan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat, jawatankuasa bagi Saham Kesihatan di bandar-bandar M³ juga mahu beri penekanan terhadap kesihatan mental masyarakat juga.

Usaha-usaha bagi menggalak masyarakat untuk menjaga kesihatan mereka kian membuahkan hasil.

Encik Masagos turut menarik perhatian bahawa masyarakat Melayu mencatat beberapa kemajuan seperti penurunan jumlah orang Melayu yang menghidapi masalah kolesterol tinggi dan semakin ramai wanita Melayu yang menjalani saringan barah payu dara.

Bagi program Saham Kesihatan yang dirintis di dua Bandar M³ tahun lalu, kebanyakan pesertanya kian mengamalkan gaya hidup yang aktif dan ada yang berjaya menurunkan berat badan mereka.

"Kita telahpun menobatkan wakil-wakil M³@Bandar dan diharapkan mereka dapat membantu untuk adakan program yang khusus untuk masyarakat dan demografik M³@Bandar itu. Ini kita harap dapat memperkuatkan lagi usaha kita untuk menjangkau ke masyarakat Melayu/Islam dan memberikan kesedaran tentang kepentingan kesihatan.Ini juga sejajar dengan usaha di peringkat nasional untuk menyelaraskan Healthier SG. Jadi diharapkan dengan usahasama semua dalam masyarakat, kita dapat memperkuatkan lagi usaha yang sedia ada," kata Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan.

"Ini juga melibatkan semangat gotong royong di mana bukan sahaja ia satu usaha daripada karyawan kesihatan tetapi melibatkan rakan-rakan kerja masyarakat. Mudah-mudahan dengan usaha ini, kita dapat mencapai matlamat kita iaitu Singapura yang lebih sihat, lebih dinamik dan lebih gemilang," kata Dr Elly Sabrina, doktor keluarga.

Walau bagaimanapun, masalah kesihatan lain seperti kadar kegemukan dan jumlah perokok yang tinggi terus menjadi keprihatinan.

Justeru, dengan perluasan program tersebut ke 11 lagi Bandar M³, ia diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dan komitmen mereka untuk menjaga kesihatan.

Ini menerusi tumpuan terhadap tiga usaha iaitu menggalak saringan kesihatan yang kerap, amalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang baik.

Di samping itu, bidang tumpuan kesihatan lain juga dititikberatkan.

"Saya akan tumpukan kepada kesihatan fizikal dan juga kesihatan mental kerana saya rasa kedua-dua ini adalah penting, ia selari dan yang penting sekali untuk kita lihat adalah bagaimana kita boleh memberi masyarakat kita ini lebih peluang untuk memahami kepentingan kesihatan dan juga kita memberi mereka satu landasan untuk mereka dapat bersama bersenam seumpamanya,' ujar Dr Wan Rizal, AP GRC Jalan Besar.

Program Saham Kesihatan menyasarkan untuk mendampingi lebih 3,000 peserta menjelang akhir tahun ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/SY/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan