Kesihatan mental jadi keprihatinan utama rakyat SG, menurut tinjauan Ipsos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura percaya kesihatan mental merupakan keprihatinan kesihatan paling utama di negara ini, melebihi penyakit barah atau COVID-19.
Demikian dapatan hasil tinjauan terbaharu firma kajian Ipsos, melibatkan lebih 1,000 warga Singapura berusia 21 hingga 74 tahun.
Hampir separuh responden bimbang mengenai kesihatan mental, lebih daripada penyakit barah yang berada di tempat kedua.
Stres dan penyakit kencing manis turut menjadi keprihatinan.
Sementara itu, COVID-19 merosot ke tangga kelima berbanding semasa tinjauan pada 2021 di mana ia menduduki tangga teratas.
Bagi kesan tekanan ke atas kesihatan mental pula, lebih separuh responden akui, ia menjejas kehidupan seharian mereka sekurang-kurangnya sekali sepanjang tahun lalu.
Hampir 25 peratus pula berkata mereka kadangkala rasa terlalu tertekan sehingga tidak mampu melakukan perkara biasa.
40 peratus pula terpaksa mengambil cuti kerja.
Sementara itu, separuh rakyat Singapura yang ditinjau mengalami kemurungan sehingga berputus asa pada hampir setiap hari selama beberapa minggu.
Lebih membimbangkan - 27 peratus pernah menimbangkan untuk membunuh diri atau mencederakan diri mereka sekurang-kurangnya sekali tahun lalu.
Walaupun hampir 80 peratus yang ditinjau yakin kedua-dua kesihatan mental dan fizikal penting, hanya sekitar 50 peratus percaya ia diberi perhatian yang sama dalam sistem jagaan kesihatan Singapura.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.