Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesihatan mental 40% orang bujang bertambah teruk pada 2021; ramai rasa sunyi, tertekan, terasing

Satu tinjauan mendapati dua daripada lima atau 40 peratus orang bujang di Singapura berkata kesihatan mental mereka bertambah teruk tahun ini. Dalam kalangan mereka, dua pertiga berkata mereka berasa kesunyian dan lebih separuh berasa tertekan atau terasing akibat terkurung. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kesihatan mental 40% orang bujang bertambah teruk pada 2021; ramai rasa sunyi, tertekan, terasing

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 09:42AM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 09:43AM

SINGAPURA: Satu tinjauan mendapati dua daripada lima atau 40 peratus orang bujang di Singapura berkata kesihatan mental mereka bertambah teruk tahun ini. Dalam kalangan mereka, dua pertiga berkata mereka berasa kesunyian dan lebih separuh berasa tertekan atau terasing akibat terkurung.

Tinjauan yang dijalankan oleh firma mencari jodoh, Lunch Actually, itu juga mendapati golongan bujang yang lebih berusia merasakan kesihatan mental mereka mungkin seganda lebih terkesan berbanding bujang lain yang lebih muda daripada mereka, dengan wanita bujang lebih terjejas daripada kaum lelaki. "Kelesuan COVID-19" adalah antara faktor yang dinukil dalam tinjauan tersebut.

Hampir tiga daripada lima orang bujang, atau 59 peratus, bersetuju dengan kenyataan: "Saya tidak rasa ada lelaki/wanita baik yang boleh menyayangi dan memahami saya."

Tinjauan tahunan itu diterbitkan pada Rabu (10 Nov), dan melibatkan 500 orang bujang di Singapura dengan tujuan memberikan gambaran tentang matlamat dan pengalaman mereka mencari pasangan serta kesihatan mental mereka tahun ini.

Bilangan peserta lelaki dan wanita hampir sama dalam tinjauan yang berjalan selama dua minggu antara Oktober dengan November tahun ini melalui emel serta wadah media sosial seperti Facebook dan Instagram.

KESIHATAN MENTAL GOLONGAN BUJANG MEMBURUK TAHUN INI

Buat pertama kalinya sejak dilancarkan pada 2009, tinjauan itu meliputi soalan-soalan tentang kesihatan mental dan kebahagiaan golongan bujang.

Secara keseluruhan, 40 peratus responden berkata kesihatan mental mereka bertambah teruk tahun ini berbanding tahun lalu.

Lebih ramai wanita (46 peratus) berkata mereka lebih terkesan berbanding lelaki (34 peratus).

Sebanyak 49 peratus responden bujang berusia antara 35 dengan 44 tahun, juga berkata mereka berasa lebih terjejas tahun ini.

Ini hampir seganda jumlah responden bujang lebih muda, berusia antara 35 dengan 44 tahun (27 peratus) yang berasa sama.

Tiga sebab utama yang diberikan oleh responden bagi kesihatan mental mereka yang bertambah teruk adalah:

- Tidak boleh keluar secara bebas disebabkan sekatan COVID-19

- Rasa diterasing

- Kelesuan COVID-19 yang timbul daripada berita negatif dan sekatan sosial

Apabila ditanya untuk menggambarkan perasaan mereka pada tahun ini, reponden yang berasa kesihatan mental mereka bertambah teruk berkata mereka kesunyian (66 peratus), tertekan (62 peratus) dan terasing kerana terkurung (54 peratus).

Lunch Actually menyatakan pandangan golongan bujang terhadap keluar janji temu atau 'dating' juga terjejas disebabkan kesihatan mental mereka yang bertambah teruk.

Hampir 60 peratus responden berasa mereka tidak boleh mencari pasangan hidup yang boleh menyayangi atau memahami mereka.

Kurang separuh, atau 45 peratus responden berkata mereka tidak berasa yakin diri.

Sekitar 40 peratus responden pula berkata mereka tidak berasa seperti mahu keluar janji temu manakala kira-kira 20 peratus berkata mereka sudah "berputus asa dengan janji temu".

PILIHAN JANJI TEMU TATKALA PANDEMIK

Lebih ramai orang bujang, atau 95 peratus, berkata mereka inginkan hubungan yang komited. Perangkaan itu naik daripada 85 peratus tahun lalu.

Bagaimanapun, hampir separuh responden berkata mereka belum pergi bagi sebarang janji temu fizikal manakan 75 peratus belum membuat janji temu maya tahun ini.

Hampir 30 peratus responden berkata keprihatinan keselamatan semasa pandemik COVID-29 menjadikannya sukar buat mereka untuk menjalin hubungan lebih rapat dengan pasangan janji temu mereka.

Ketika ditanya jika mereka akan menjalin hubungan dengan seseorang yang memilih untuk tidak divaksin sepenuhnya, lebih ramai wanita (55 peratus) berbanding lelaki (40 peratus) berkata mereka tidak akan berbuat demikian.

Ketinggian pasangan mereka terus menjadi pertimbangan penting bagi wanita, dengan 82 peratus responden wanita berkata mereka tidak akan menjalin hubungan dengan lelaki lebih pendek daripada mereka. Ini adalah dua peratusan mata lebih tinggi berbanding hasil tinjauan tahun lalu.

Sementara itu, tiada perubahan dalam pilihan kaum lelaki tahun ini berbanding tahun lalu dengan 66 peratus berkata mereka memilih untuk menjalin hubungan dengan wanita lebih tinggi daripada mereka.

Walaupun 70 peratus wanita berkata mereka akan keluar dengan lelaki lebih muda, hanya 56 peratus lelaki berkata mereka akan keluar dengan wanita lebih tua daripada mereka.

Berhubung siapa yang sepatutnya mengambil langkah pertama, lebih 60 peratus responden wanita berkata lelaki yang seharusnya berbuat demikian manakala hanya 20 peratus responden lelaki berpendapat yang sama. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan