Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesesakan trafik dijangkakan di Woodlands, Tuas sempena Good Friday

Para pelancong dan pengunjung yang melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas boleh menjangkakan kelengahan dan kesesakan lalu lintas pada hujung minggu cuti umum Good Friday, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kesesakan trafik dijangkakan di Woodlands, Tuas sempena Good Friday

Gambar fail Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Diterbitkan : 12 Apr 2019 12:34PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 12:37PM

SINGAPURA: Para pelancong dan pengunjung yang melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas boleh menjangkakan kelengahan dan kesesakan lalu lintas pada hujung minggu cuti umum Good Friday, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (12 Apr).

Kesesakan lalu lintas boleh dijangkakan di kedua-dua pusat pemeriksaan darat dari 18 hingga 19 April. ICA menasihati para pengunjung dan pelancong yang menggunakan pusat-pusat pemeriksaan darat sepanjang tempoh itu supaya menyesuaikan rancangan perjalanan masing-masing jika perlu.

"Keselamatan di pusat-pusat pemeriksaan tetap menjadi keutamaan ICA bagi menangani sebarang ancaman terhadap Singapura," menurut penguasa itu.

"Disebabkan pemeriksaan keselamatan yang dijalankan, kesesakan jalan raya tidak dapat dielakkan, terutamanya jika ramai pelancong dan pengunjung melalui pusat-pusat pemeriksaan itu pada waktu yang sama."

Orang ramai juga dinasihati supaya jangan membawa barangan terlarang seperti mercun dan gula-gula getah. Mereka yang membawa barangan terkawal atau dikenakan cukai seperti telur, produk daging dan pokok pasu juga perlu mengisytiharkannya kepada para pegawai ICA sebelum menjalani pemeriksaan.

Para pemandu dinasihati supaya memantau keadaan trafik di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas menerusi laman One Motoring ataupun Sistem Nasihat dan Pemantauan Ekspreswe (EMAS) di BKE dan AYE.

Selain itu, para pemandu juga boleh memantau laman Facebook ICA untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan