Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesesakan trafik dijangkakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas sepanjang tempoh cuti Hari Kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
Kesesakan trafik dijangkakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas sepanjang tempoh cuti Hari Kebangsaan
Diterbitkan : 04 Aug 2022 05:37PM Dikemas Kini : 04 Aug 2022 05:38PM
SINGAPURA: Kesesakan trafik dijangkakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas sepanjang beberapa hari akan datang disebabkan oleh cuti umum Hari Kebangsaan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (4 Ogos).

Hari Kebangsaan jatuh pada 9 Ogos, iaitu Selasa depan.

"Para pelawat harus menjangkakan kelengahan dari 5 hingga 10 Ogos dan mereka dinasihatkan supaya menyesuaikan rancangan perjalanan mereka, selagi boleh, bagi mengelak daripada terkandas dalam kesesakan lalu lintas," menurut ICA.

Menurut ICA, aliran lalu lintas sudah meningkat secara beransur-ansur. Jumlah pelawat sudah menjangkaui 290,000 sehari pada hujung minggu lalu - tertinggi sejak sempadan darat dibuka semula pada 1 April.

Ini mengatasi rekod hujung minggu sebelumnya iaitu 278,000 pelawat setiap hari semasa cuti sekolah bulan Jun.

Terdapat 224,000 pelawat setiap hari semasa cuti hujung minggu sempena Hari Vesak.

Semasa kemuncak hujung minggu yang panjang ketika sambutan Hari Kebangsaan pada 2019, para pelawat yang bertolak dari Singapura dan tiba di sini dengan menaiki kereta melalui pusat-pusat pemeriksaan darat terpaksa menunggu sehingga empat jam untuk pelepasan imigresen," dedah ICA.

ICA turut menasihatkan para pelawat supaya mengambil kira masa tambahan bagi pelepasan imigresen dan mengelakkan waktu sesak berikut:

Bertolak dari Singapura:

Jumaat (5 Ogos): 3.00 petang hingga 11.59 malam
Sabtu (6 Ogos): 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, 4.00 petang hingga 9.00 malam


Tiba di Singapura:

Ahad (7 Ogos) hingga Rabu (10 Ogos): 6.00 petang hingga 11.59 malam

Para pelawat yang menggunakan Pusat Pemeriksaan Woodlands juga perlu mengambil perhatian mengenai kerja-kerja menaik taraf yang sedang dijalankan apabila tiba di kios pelepasan imigresen bagi kereta di Bangunan Sultan Iskandar sejak 6 Jun lalu. Oleh itu, sesetengah kios yang sedang menjalani kerja-kerja menaik taraf mungkin tidak beroperasi sepanjang tempoh tersebut

ICA juga menasihatkan para pemandu supaya memantau keadaan trafik di pusat-pusat pemeriksaan darat melalui laman web One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau melalui Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe (EMAS) yang dipasang di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

Para pemandu juga boleh mendapatkan kemas kini mengenai keadaan trafik melalui laman Facebook dan akaun Twitter ICA serta stesen-stesen radio tempatan.

Sejak Isnin, para pelawat yang memasuki Malaysia tidak lagi diperlukan untuk mengisi Kad Pengembara dalam aplikasi
MySejahtera.

Langkah tersebut bermatlamat bagi memudahkan prosedur untuk memasuki Malaysia, menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin pada minggu lalu.
Sumber : CNA/AW/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan