Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesesakan trafik dijangka di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas sempena cuti sekolah bulan Sep

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Trafik dijangka sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada Jumaat ini, 30 Ogos hingga 8 September sempena cuti sekolah bulan September.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (25 Ogos).

Para pelawat dinasihatkan supaya mengambil kira masa menunggu tambahan untuk pelepasan imigresen terutama pada hujung minggu.

Mereka juga harus mematuhi undang-undang trafik, ikuti laluan kenderaan dan bekerjasama dengan pegawai-pegawai di pusat pemeriksaan.

Pihak ICA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelawat, yang tidak mematuhi arahan pegawai dan melakukan kesalahan di pusat pemeriksaan tersebut.

Para pelawat turut diingatkan supaya tidak membawa barang-barang terkawal atau larangan ke Singapura.

Mereka yang berkereta dan penunggang motosikal digalakkan menggunakan sistem kod QR.

Semasa hujung minggu cuti Hari Kebangsaan baru-baru ini dari 8 hingga 13 Ogos 2024, jumlah pelawat melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 8 Ogos 2024 mencatat rekod lebih 540,000 pelawat.

Semasa tempoh tersebut, para pemandu dan pelawat yang bergerak dengan kereta terpaksa menunggu sehingga tiga jam sebelum mereka dibenarkan melalui imigresen, disebabkan oleh trafik dari Malaysia.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan