Kesesakan trafik dijangka di pusat pemeriksaan SG-M'sia semasa cuti panjang Hari Buruh
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Keadaan trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan darat Singapura-Malaysia menjelang cuti panjang hujung minggu Hari Buruh.
Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (27 Apr).
ICA menjangkakan aliran trafik yang sibuk dari Jumaat (28 Apr) sehingga Selasa (2 Mei). Dalam pada itu, ICA menasihatkan mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan ke seberang tambak menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas supaya mengambil kira masa menunggu tambahan bagi pelepasan imigresen.
Semasa cuti panjang hujung minggu Good Friday tahun ini, ICA mendedahkan bahawa hampir 1.4 juta pelawat merentasi kedua-dua pusat pemeriksaan iaitu purata sekitar 350,000 lintasan setiap hari.
ICA menambah bahawa ia sedia maklum mengenai barisan panjang penumpang dan kereta yang menunggu untuk melepasi pusat pemeriksaan, ditambah dengan kesesakan trafik yang memanjang dari Malaysia sehari sebelum permulaan hujung minggu yang panjang.
"Para pelawat yang berangkat dengan menaiki kereta boleh menjangkakan waktu menunggu sehingga tiga jam semasa waktu sibuk hujung minggu panjang, serupa dengan keadaan sebelum pandemik COVID-19," menurut ICA.
Penduduk Singapura dan pelawat asing kali pertama yang layak termasuk warga Malaysia, yang menaiki bas boleh menggunakan laluan automatik di dewan penumpang bagi pelepasan imigresen.
ELAK POTONG BARISAN BERATUR
Para pemandu dinasihatkan supaya memantau keadaan trafik di pusat pemeriksaan darat menerusi laman One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau melalui Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe (EMAS) yang dipasang di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).
Mereka juga boleh mendapatkan kemas kini menerusi akaun Facebook dan Twitter ICA, serta menerusi penyiaran radio tempatan.
ICA mengingatkan para pemandu supaya elak daripada memotong barisan beratur kerana tindakan itu boleh menyebabkan "kesesakan teruk" dan menjejas keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Mereka yang memandu kereta berdaftar di Singapura untuk menuju ke Malaysia harus mematuhi peraturan "tiga suku tangki minyak". Jika gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan denda S$500 atau didakwa di mahkamah.
Mereka turut tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Malaysia.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.