Skip to main content

Singapura

Kesesakan trafik di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas; kelengahan sehingga 5 jam dijangkakan

Anggaran Waktu Membaca:
Kesesakan trafik di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas; kelengahan sehingga 5 jam dijangkakan

Pusat pemeriksaan Woodlands pada 3 April, 2025. (Gambar fail: iStock/ridham supriyanto)

Diterbitkan : 03 May 2025 01:25PM Dikemas Kini : 03 May 2025 01:27PM
SINGAPURA: Mereka yang akan memasuki Malaysia melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dinasihatkan supaya menjangkakan kelengahan sehingga lima jam pada Sabtu (3 Mei).

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menerusi catatan Facebook, menyatakan terdapat "pergerakan keluar yang sangat sesak" di pusat pemeriksaan darat.

ICA menambah bahawa kesesakan dari Malaysia sudah bermula, dengan trafik mencecah kira-kira 5km di Link Kedua dan menjalar ke arah Pusat Pemeriksaan Tuas.

Para pelawat dinasihatkan agar menjangkakan masa menunggu yang boleh mencecah lima jam atau lebih lama.

"Para pelawat dinasihatkan supaya menyemak keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan mereka," menurut ICA.

Sehingga pukul 12.45 tengah hari, Jalanow, iaitu laman masa nyata yang memantau trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan darat, menganggarkan masa menunggu di Koswe untuk memasuki Malaysia adalah 38 minit dan hampir dua jam dari Link Kedua.

Pada Sabtu, jutaan rakyat Singapura keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 negara. Pusat mengundi dibuka pada pukul 8.00 pagi dan akan ditutup pada pukul 8.00 malam.
Sumber : CNA/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita