Kesesakan lalu lintas berterusan dijangkakan di pusat pemeriksaan jelang cuti umum sepanjang 3 minggu ini
Dengan cuti umum Good Friday dan Hari Raya Aidilfitri dijangka berlaku serentak dengan perayaan Qing Ming, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihati para pengunjung supaya menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sepanjang tiga minggu akan datang ini.
(Gambar: CNA/Hanidah Amin)
Para pelawat juga harus mengambil kira masa menunggu tambahan di pusat-pusat pemeriksaan tersebut menjelang dan dari 28 Mac hingga 14 April, menurut ICA dalam makluman perjalanan pada Isnin (25 Mac).
Jumlah pelawat di sempadan Singapura-Malaysia semakin meningkat, jauh menjangkau paras sebelum pandemik dan masa menunggu untuk melepasi imigresen bagi para pemandu boleh mencecah sehingga tiga jam pada waktu sibuk disebabkan oleh kesesakan dari Malaysia, ia menambah.
"Pada cuti sekolah Mac baru-baru ini, lebih daripada 5.1 juta pelawat melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas," menurut ICA.
"ICA juga mencatatkan jumlah pelawat yang tertinggi, iaitu hampir sejuta pelawat yang melepasi pusat pemeriksaan darat pada 15 Mac 2024."
Cuti umum Good Friday, Qing Ming dan Hari Raya Aidilfitri akan berlangsung dalam tempoh tiga minggu akan datang.
Good Friday jatuh pada 29 Mac, Qing Ming pada 4 April dan Hari Raya Aidilfitri pada 10 April.
"Kami mohon pemahaman (para pelawat) kerjasama supaya bersabar, mematuhi peraturan trafik, menjaga disiplin dan memberi kerjasama kepada pegawai ICA," menurut ICA.
Demi mempercepatkan pelepasan imigresen, ICA menggalakkan mereka yang melintasi sempadan dengan menaiki kereta supaya menggunakan sistem pelepasan kod QR baharu yang dilancarkan baru-baru ini di Woodlands dan Tuas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.