Kesesakan lalu lintas antara keprihatinan penduduk jika 38 Oxley Road jadi monumen negara
Para penduduk di Oxley Road menyuarakan keprihatinan mengenai potensi peningkatan dalam trafik dan pengunjung ke kawasan itu jika rumah keluarga perdana menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menjadi monumen negara.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk di Oxley Road menyuarakan keprihatinan mengenai potensi peningkatan dalam trafik dan pengunjung ke kawasan itu jika rumah keluarga perdana menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menjadi monumen negara.
Pada masa yang sama, mereka berharap pewartaan tapak di 38 Oxley Road akan membawa kepada peningkatan yang sangat diperlukan terhadap kawasan perumahan yang semakin menua di sekitarannya.
Mereka memberi respons kepada pengumuman pada Isnin (3 Nov) bahawa Lembaga Warisan Negara (NHB) menilai tapak itu mempunyai "kepentingan negara yang kukuh" yang layak dipelihara, sebagai bahagian asas kisah kemerdekaan Singapura.
JALAN YANG SEMPIT
Beberapa penduduk memberitahu Mediacorp bahawa terdapat lalu lintas kenderaan berat sepanjang jalan di Oxley Road, yang berfungsi sebagai laluan antara River Valley Road dengan Orchard Road.
Jalan raya itu mempunyai satu lorong dari setiap arah.
"Lalu lintas dan kesesakan merupakan persoalan segera yang timbul. Jika ia dijadikan monumen negara, saya tertanya-tanya jika jalan raya itu dapat menampung lalu lintas. Sekarang, jalan raya itu tidak begitu luas," kata Encik Lim JT yang berusia dalam lingkungan awal 40an tahun dan sudah tinggal di kondominium Valley Mansion selama tujuh tahun.

Seorang penduduk di Oxley Mansion pula berkata trafik mungkin "akan bertambah agak sibuk".
Kedua-dua kondiminium itu terletak kurang tiga minit apabila berjalan kaki dari 38 Oxley Road.
"Sesetengah orang mungkin akan memandu ke sini dan meletakkan kereta mereka di tempat letak kereta ini. Sekarang pun, kita sudah tidak mampu mengawalnya," kata Cik Woo J W, seorang pesara dalam lingkungan usia 60an tahun yang sudah tinggal di Oxley Mansion selama 20 tahun.
"Jika ia menjadi tapak warisan, akan ada lebih ramai pelajar yang datang ke sini, dan kemudian akan ada lebih ramai pengunjung juga."
Seorang lagi penduduk Oxley Mansion yang sudah lama menetap di kondominium itu, iaitu pesara berusia 76 tahun, Tan Mee Mee, terkenang kembali saat kawasan itu dikunjungi ramai orang pada 2017 apabila minat orang ramai terhadap tapak itu mula memuncak berhubung pertikaian keluarga mengenai nasib rumah itu.
HARAPAN SUPAYA KAWASAN KEJIRANAN ITU DIPERTINGKATKAN
Selain kebimbangan trafik, para penduduk menyuarakan harapan agar usaha untuk memelihara tapak di 38 Oxley Road juga akan meliputi usaha penambahbaikan di kawasan sekitarnya, di mana bangunan-bangunan di sekitarannya semakin menua.
"Sesetengah daripada kita katakan adalah lebih baik jika ia dirobohkan, untuk diberi laluan kepada pembangunan baharu," kata Cik Tan, yang sudah tinggal di kawasan itu selama empat dekad.
"Namun jika sekarang mereka memutuskan untuk memeliharanya, saya berharap mereka sekurang-kurangnya akan menyegarkan kawasan sekitarannya."
Rumah-rumah di sekitar kawasan itu sudah berusia kira-kira 60 tahun.
Kondominium Oxley Mansion, sebagai contoh, dibina pada 1963.
Encik Lim yang bekerja dalam sektor kewangan berkata beliau berharap pewartaan itu akan membawa hasil positif kepada para penduduk termasuk penambahbaikan terhadap laluan pejalan kaki di luar tapak 38 Oxley Road, yang "tidak mudah untuk dilalui".

Ruang di luar pekarangan rumah itu dipasang pagar keselamatan dan dipenuhi pasu bunga hingga tiada ruang untuk pejalan kaki.
Harga hartanah juga bermain dalam fikiran para penduduk, dengan ada yang tertanya-tanya tentang potensi pembangunan semula di kawasan itu pada masa hadapan.
"Yang paling sesuai adalah penjualan en bloc. Jika tidak, saya berharap nilai hartanah saya sekurang-kurangnya naik sedikit," kata Cik Tan.
Sungguhpun begitu, para penganalisis hartanah berkata sebarang kesan terhadap harga berkemungkinan adalah minimal.
Encik Desmond Sim, ketua kumpulan pegawai eksekutif firma hartanah Realion Group berkata "masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi tentang harga hartanah.
"Jika 38 Oxley Road akhirnya diwartakan, ia berkemungkinan dijadikan sebagai ruang awam bagi tujuan pendidikan dan peringatan," katanya.
"Dengan syarat tiada perubahan tambahan terhadap parameter perancangan, kesan terhadap harga hartanah sekitar dijangka adalah minimal."
Encik Lee Sze Teck, pengarah kanan analisis data di Huttons bersetuju bahawa harga hartanah di kawasan itu tidak mungkin berubah, walaupun hotel-hotel berhampiran mungkin mendapat dorongan daripada peningkatan dalam pelancongan.
MENGHARGAI WARISAN
Walaupun terdapat kebimbangan, para penduduk berkata mereka menyokong usaha untuk memperingati Encik Lee.
"Baik untuk memperingati bapa pengasas," kata Encik Keith McGinniss, 56 tahun, seorang penduduk Oxley Road yang bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan pengguna.
"Kanak-kanak kecil akan melihat monumen itu, dan mereka akan tertanya-tanya tentangnya. Pelancong akan datang ke sini. Adalah baik kerana orang ramai dapat memahami sejarah."

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.