Kesesakan di pusat pemeriksaan darat ketika musim cuti panjang, tidak berpunca dari SG: ICA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Singapura bukan punca kesesakan teruk di kedua-dua pusat pemeriksaannya dengan Malaysia ketika musim cuti atau cuti hujung minggu panjang.
Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (29 Sep).
ICA menyatakan bahawa terdapat maklumat yang tidak tepat dari komen warga Malaysia yang menyalahkan Singapura atas kesesakan pada cuti hujung minggu panjang atau musim percutian.
ICA juga memberi amaran bahawa "ia tidak boleh bertolak ansur dalam isu keselamatan dengan proses pemeriksaan yang pantas."
Ia menambah bahawa ia akan mencari cara untuk memperbaiki pengalaman pelancong dan bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia untuk memperbaiki keadaan trafik.
ICA menyatakan bahawa ketika cuti hujung minggu panjang pada 31 ogos hingga 4 September, terdapat kesesakan teruk yang berlaku di kedua-dua pusat pemeriksaan dari Malaysia menuju balik ke Singapura.
Pada 1 September, kesesakan kereta di koswe dari Malaysia bermula pada pukul 9.00 pagi dan mula reda pada 11.30 malam.
Di Link Kedua, kesesakan bermula pada 1.00 tengah hari dan mula reda pada 7.00 malam.
ICA menambah bahawa kereta tidak dapat melepasi pusat pemeriksaan Malaysia secepat mungkin, yang menjejas waktu menunggu dan pelepasan di Singapura.
Namun, ia juga mengaku bahawa berlakunya kesesakan yang teruk di Singapura pada sejumlah hari.
Menurut ICA, terdapat pengguna media sosial yang berkata bahawa pemeriksaan di Malaysia lebih cepat disebabkan kadar pemeriksaan yang berbeza, kerana pihak Malaysia melaksanakan pemeriksaan yang lebih sedikit berbanding Singapura.
Pihak pusat pemeriksaan Singapura menegaskan bahawa ia harus mengimbangi antara melindungi sempadan negara
dengan memudahkan pergerakan kenderaan.
Terdapat langkah-langkah tambahan yang dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan.
Bermula tahun depan, mereka yang menaiki kereta dapat mengimbas kod QR untuk melepasi imigresen. ICA menyasarkan langkah itu dapat mempercepatkan proses imigresen, berbanding cara mengimbas pasport yang digunakan sekarang.

Bagi mereka yang menaiki bas atau berjalan kaki, laluan automatik yang disediakan mempercepatkan perjalanan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands kini boleh melayan sehingga 8,500 orang yang menggunakan laluan tersebut dalam sejam, berbanding 5,000 orang sebelum pandemik.
ICA menyatakan bahawa ia bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan bas.
Ia juga menggalakkan pengendali bas di Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan bayaran digital supaya para penumpang boleh menaiki bas lebih cepat.
ICA menyatakan ia akan bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia untuk memperbaiki keadaan trafik.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.