Skip to main content

Singapura

Kesemua permohonan Surat Sokongan untuk Qaryah anjurkan solat tarawih diluluskan sepanjang 3 tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Kesemua permohonan Surat Sokongan untuk Qaryah anjurkan solat tarawih diluluskan sepanjang 3 tahun lalu
Ruang solat tarawih yang ditawarkan Qaryah Blk 757B Pasir Ris Street 71. (Gambar: Syazwani Sanep/BERITA Mediacorp) 
SINGAPURA: Kesemua permohonan bagi Surat Sokongan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bagi Qaryah untuk mengendalikan ruang solat tarawih, diluluskan sepanjang tiga tahun lalu.

Demikian didedahkan Pemangku Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim pada Jumaat (6 Mac) dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan yang diajukan AP GRC Aljunied, Fadli Fawzi di Parlimen.

Encik Fadli bertanyakan tentang syarat Surat Sokongan, jumlah permohonan bagi surat sedemikian diterima, termasuk daripada Persatuan Rakyat (PA), pertubuhan lain dan individu, serta kadar kelulusan bagi permohonan yang tidak berkaitan dengan PA.

Dr Faishal menjelaskan bahawa untuk kumpulan Qaryah mendapatkan Surat Sokongan untuk penganjuran solat tarawih, ia haruslah bernaung di bawah atau berdaftar dengan sesebuah masjid, berdasarkan syarat MUIS.

Para wakil Qaryah boleh mengemukakan permohonan Surat Sokongan tersebut secara langsung kepada MUIS.

"Langkah tersebut diambil bagi memastikan masjid-masjid tempatan dapat membimbing Qaryah dalam memenuhi keperluan operasi serta garis panduan agama yang ditetapkan," tekan Dr Faishal dalam jawapan bertulisnya.

Misalnya, solat perlu dipimpin oleh asatizah yang bertauliah, manakala dana yang dikumpulkan hendaklah diuruskan dengan teliti dan berintegriti.

Dr Faishal juga berkata tiada data bagi hal tersebut bagi tempoh 10 tahun yang lalu.

Tahun ini, jumlah ruang solat tarawih yang ditawarkan Qaryah meningkat kira-kira 20 peratus berbanding Ramadan lalu.

Sebanyak 46 kumpulan Qaryah menyediakan sekitar 15,500 ruang solat tarawih sepanjang Ramadan tahun ini.

Peningkatan itu didorong oleh penubuhan beberapa kumpulan Qaryah baharu di Tengah, Chua Chu Kang, Clementi, Pasir Ris dan Punggol.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita