Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesemua pelajar IB Madrasah Aljunied lulus dengan markah purata 33.7 mata

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah mencatat kelulusan penuh bagi peperiksaan International Baccalaureate (IB) tahun 2023.

Kesemua 23 pelajar kohort itu meraih diploma IB berserta diploma dwibahasa IB.

Secara keseluruhan, mereka meraih markah purata 33.7 mata berbanding 36.05 mata pada tahun sebelumnya.

BERGELUT DENGAN KEYAKINAN DAN HARGA DIRI

Tahun pertama di Madrasah Aljunied Al-Islamiah adalah waktu yang sangat mencabar Muhammad Safwan Rosli.

Beliau bergelut dengan krisis eksistensial atau dalaman bahawa kehidupannya tidak bermakna.

Perasaan negatif, seperti tekanan, kebimbangan, putus asa itu berlanjutan hingga ke tahun akhir apabila Muhammad Safwan kehilangan bapa tersayang.
(Gambar: Nurfazirah Azman) Muhammad Safwan Rosli, Pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Pada tahun pertama saya dalam IB saya, saya hilang makna dalam kehidupan saya. Mula tanya soalan-soalan seperti 'apakah nilai diri saya, apa yang tengah saya buat sekarang ini? Dalam dua tahun ini saya dapat pelajar banyak tentang diri saya," kongsi Muhammad Safwan kepada wartawan Nurfzirah Azman

Berkat sokongan kukuh guru, keluarga dan teman-teman, Safwan bermuhasabah diri dan mula berfikiran positif sehingga berjaya lulus peperiksaan dan meraih diploma IB beliau.

Beliau kini berminat untuk menceburi bidang kewangan Islam.

"Kadang-kadang kita perlu fikir: "Alamak! kita hendak buat ini ke tidak. Kalau ada sokongan yang bagus, kita 'go je'. Saya ingin melihat segi kewangan ini^ dalam perspektif atau dari sudut Islam. Saya rasa itu tanggungjawab saya untuk mengetengahkan isu-isu semasa, khususnya tentang kewangan tetapi dari sudut Islam," kata beliau.

CEKAL HADAPI TEKANAN; INGIN DALAMI SASTERA ARAB

Seorang lagi pelajar yang cekal menghadapi cabaran adalah Zakiyah Hanim Zaini.

Meskipun harus mengimbangi 11 mata pelajaran dalam kurikulum Islam dan subjek akademik IB, Zakiyah pastikan dirinya tidak terlalu merasa tertekan.

Beliau memastikan untuk membuat persiapan awal untuk memahami objektif setiap mata pelajaran yang diambil.

(Gambar: Nurfazirah Azman) Zakiyah Hanim Zaini.
"Saya gemar menghadiri majlis-majlis di mana saya dapat merehatkan minda saya buat sementara waktu daripada pembelajaran. Apabila saya menghadiri majlis-majlis yang diadakan oleh asatizah tempatan kami, ia memberi saya semangat dan juga visi untuk insya-Allah^untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti.," kata beliau.

Berkat kegigihannya, Zakiyah yang bercita-cita untuk menjadi guru bahasa Arab meraih tempat ketiga dalam kohortnya.
"Saya ingin menjadikan masyarakat Melayu Islam Singapura yang lain minat dalam bahasa Arab juga dan jikalau saya mampu insya-Allah untuk mengajar mereka Bahasa Arab dan menjadikan Bahasa Arab bahasa yang di mana semua masyarakat boleh berbicara. Pada saya Bahasa Arab adalah satu bahasa yang sangat berharga bagi umat Islam Singapura," ujar beliau.

Ini merupakan kohort keempat pelajar Madrasah Aljunied mendapat keputusan mereka setelah menerima pentauliahan IBO pada Oktober 2018.

Keputusan IB disampaikan oleh mudir baharu, Encik Herman Cher Ma'in.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan