Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesemua jemaah haji warga S'pura akan diberi kit ujian ART percuma

Anggaran Waktu Membaca:
MINA: Lebih 8 peratus jemaah haji Singapura di Arab Saudi sudah terkena jangkitan COVID-19 sejauh ini dan bilangannya dijangka bertambah.

Lantaran itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli mengumumkan
kesemua jemaah haji Singapura yang akan diberikan kit-kit ujian ART secara percuma untuk mengawal penularan COVID-19.

Pengagihan kit ujian itu bermula pada Selasa (12 Jul) di penginapan para jemaah di Shisha dan sekali lagi sekembalinya mereka ke tanah air kelak.

Encik Masagos juga menasihatkan agar jemaah dan keluarga tidak berkumpul beramai-ramai dan menganjurkan majlis kenduri dalam lima hari pertama kepulangan mereka.

Berkongsi rumusan mengenai perjalanan haji 2022 buat masa ini, Encik Masagos Zulkifli yang juga Menteri Kedua Kesihatan berkata jumlah jemaah haji Singapura yang dijangkiti COVID-19 baru-baru sudah bertambah.

"Lebih kurang 25 jemaah haji semalam (11 Jul) dan 19 jemaah haji hari ini (12 Jul) dijangkiti COVID-19. Ini tidak memeranjatkan kerana setiap kali habis wukuf, ramai jemaah dihidapi penyakit-penyakit yang biasalah dalam suasana yang begitu ramai, berkumpul dan rapat antara satu sama lain," kata Encik Masagos.

"Tetapi mereka dalam keadaan yang Alhamdulilah tidak teruk dan tidak berat. Kebanyakan daripada mereka mempunyai gejala-gejala demam biasa. Oleh itu saya sudah meminta pihak Kementerian Kesihatan (MOH) supaya mempersiapkan nanti apabila mereka pulang ke Singapura, tambah beliau.

Ini selain daripada 30 jemaah haji yang positif COVID-19 sebelum ini tetapi menurut Encik Masagos, dapat meneruskan rukun-rukun haji seperti wukuf di Arafah, singgah di Muzdalifah dan melontar jamrah di Mina.
"MOH akan memberikan setiap jemaah yang pulang nanti kit-kit ujian ART untuk mereka menguji diri mereka setiap hari sebelum keluar dari rumah selama lima hari atau tujuh hari," ujar Encik Masagos.

"Pesan saya, apabila mereka (jemaah haji) sampai ke Singapura nanti supaya jangan ramai yang menunggu mereka di lapangan terbang mahupun di rumah kerana mereka mungkin membawa jangkitan yang belum dikesan. Jadi mungkin duduklah di rumah, mengasingkan diri selama mungkin lima hari hingga tujuh hari," tambah beliau.

Rombongan Encik Masagos dijadual ke Madinah hari ini (12 Jul) sebelum berangkat pulang ke Singapura esok.
Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan