Kesemua jemaah Haji SG selamat tiba di Arafah, dijangka berangkat ke Muzdalifah malam ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kemuncak ibadah haji telah bermula dengan seramai 1.6 juta jemaah haji sedang berkumpul di Arafah.
Menurut Pengarah Noor Mohamad Services, Juyda Noor Mohamad, kesemua 900 jemaah Haji Singapura telah selamat tiba dan kini sedang berwukuf di Arafah.
"Semalam (25 Mei) kami menunggu setiap bas untuk datang ke Spark at Hilton dan kini pada jam 5.45 petang kesemua jemaah Noor Mohamad dan amnya kepada semua jemaah Singapura telah berada di Arafah," kata Ustazah Juyda yang juga merupakan Setiausaha AMTAS.
"Keadaan jemaah Singapura kini selamat dan sihat, terutama bagi jemaah Singapura dan juga jemaah Noor Mohamad Services yang mana kita sekarang berada di dalam khemah Arafah," tambahnya lagi.

Dengan cuaca dijangkakan mencecah lebih 40 darjah Celsius, para jemaah telah dinasihatkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk berteduh di dalam khemah masing-masing.
"Kami telah menerima arahan dari kementerian Arab Saudi khususnya kementerian kesihatan bahawasanya cuaca agak panas. Maka kesemua jemaah diperintahkan untuk berada di dalam khemah untuk seketika sehingga cuaca membenarkan mereka untuk keluar," kata Ustazah Juyda.
Para jemaah juga dinasihatkan untuk minum air secukupnya.
"Cuaca di Arafah sangat panas dan terasa bahangnya. Saya minum air sedikit demi sedikit dengan lebih kerap untuk elakkan badan dehidrasi dan banyakkan berehat dan elakkan keluar berjalan pada waktu siang supaya tidak terasa terlalu letih dan terasa penat," kata seorang jemaah Hagel, Cik Ismawarni Isnin.
"Saya menjaga kesihatan dengan banyak meminum air kerana cuaca yang sangat panas. Sebolehnya saya duduk di dalam khemah. Jika memerlukan untuk saya keluar, saya akan memakai perlindungan untuk memastikan yang saya terlindung dari cuaca yang sangat panas di sini," kongsi seorang lagi jemaah Hagel, Cik Faridah Bedin.

Para jemaah juga boleh berteduh dalam ruangan yang disediakan.
"Sejauh ni kelengkapan dan kemudahan yang disediakan untuk jemaah kita. Pertama sekali dia memadai untuk jumlah yang ada dan Alhamdulillah kemudahannya cukup selesa untuk setiap jemaah ni dapat meluangkan masa di sini dan menyempurnakan ibadah wukuf di Arafah dengan sempurna," kata salah seorang jemaah Hagel Travel & Tours, Ustaz Syakir Pasuni.
Waktu wukuf di Arafah ialah sekitar 5 petang hingga tengah malam waktu Singapura.
JEMAAH HAJI SG DIJANGKA BERTOLAK KE MUZDALIFAH JAM 10.30 MLM
Jemaah Haji Singapura akan mula berangkat ke Muzdalifah setelah selesai berwukuf di Arafah.
"Insya-Allah jemaah Singapura nanti akan mula bergerak perlahan lahan ke Muzdalifah dan akhirnya nanti ke destinasi mereka masing-masing iaitu bagi mereka yang pergi ke Makkah, Shisha atau Aziziyah. Bas akan mula bertolak pada jam 10.30 malam (waktu Saudi)," kata Ustazah Juyda.
Sebanyak 16 buah bas telah membawa jemaah dari Makkah, Shisha dan Aziziyah untuk ke Arafah dan telah tiba pada jam 5.56 petang semalam, manakala jemaah yang melaksanakan ibadah tarwiyah dari Mina pula tiba seawal jam 8.45 pagi.
Awal dari itu, Ketua Delegasi Haji Singapura, Dr Faishal Ibrahim, turut meluangkan masa menyantuni para jemaah serta meninjau keadaan mereka sebelum mereka berangkat ke Arafah bagi menjalani kemuncak ibadah haji.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.