Kesemua 900 jemaah Haji SG selamat tiba di Makkah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 600 jemaah Haji Singapura daripada tujuh ejen pelancongan Haji berlepas dari Madinah ke Makkah pada Isnin (18 Mei) untuk memulakan perjalanan umrah mereka menjelang musim Haji.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan MUIS pada Selasa (19 Mei), para jemaah tersebut menyertai sekitar 300 lagi jemaah yang telah berangkat lebih awal ke Makkah pada 12 Mei.
Para jemaah melakukan perjalanan secara berperingkat dan tiba di Makkah pada waktu yang berbeza-beza, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 8 jam.
Sebelum berangkat ke Makkah, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim yang juga Ketua Delegasi Haji Singapura bertemu para jemaah di hotel mereka yang turut mendoakan keselamatan perjalanan mereka.

"Insya-Allah, kami akan terus berusaha untuk menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan para jemaah agar mereka memperoleh pengalaman yang baik, dan semoga Allah s.w.t. memberkati mereka serta melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka. Bersama, marilah kita berdoa agar semua jemaah dikurniakan ibadah Haji yang penuh bermakna," kata Dr Faishal.
Setibanya di sana, para jemaah mendaftar masuk ke hotel masing-masing di Aziziyah, Shisha dan Makkah sebelum menunaikan umrah serta meneruskan persiapan bagi ibadah Haji.
Seramai 900 jemaah Singapura menunaikan Haji tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.