Skip to main content

Singapura

Kesemua 22 anak kapal Hafnia Nile selamat tiba di SG susuli pertembungan 2 kapal tangki

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jul 2024 06:56PM Dikemas Kini : 21 Jul 2024 09:05PM
SINGAPURA: Kesemua 22 anak kapal di atas kapal tangki yang berdaftar di Singapura, Hafnia Nile, selamat tiba di Singapura.

Kapal itu bertembung dengan kapal tangki minyak berdaftar di São Tomé and Príncipe , Ceres 1.

Insiden berlaku di perairan Singapura berhampiran Pedra Branca pada Jumaat lalu (19 Jul).
Menurut pakar penyelamat, tiada sebarang api kebakaran kini kelihatan di atas kapal.

Sebuah bot tunda dikerahkan untuk menghalang kapal tersebut daripada hanyut lebih jauh ke laut terbuka.

Satu kemas kini daripada pengendali kapal tangki tersebut menyatakan, anak-anak kapal Hafnia Nile bermalam di sebuah penginapan yang diaturkan syarikat.

Mereka sedang menerima rawatan perubatan serta psikologi dan sudah berhubungan dengan keluarga masing-masing.

Syarikat itu menambah tiada maklumat mengenai sebarang kebocoran muatan atau minyak.

Punca sebenar insiden yang berlaku masih lagi disiasat.
 
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita