Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesemua 17 majlis bandaran serah penyata kewangan tidak lengkap bagi tahun kewangan 2020

Kesemua 17 majlis bandaran mempunyai penyata kewangan yang tidak lengkap bagi tahun kewangan 2020, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Selasa (22 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kesemua 17 majlis bandaran serah penyata kewangan tidak lengkap bagi tahun kewangan 2020

Flat-flat HDB di Singapura. (Gambar: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Kesemua 17 majlis bandaran mempunyai penyata kewangan yang tidak lengkap bagi tahun kewangan 2020, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Selasa (22 Feb).

Penyata kewangan yang tidak lengkap menunjukkan bahawa laporan itu memberikan pandangan adil terhadap urusan kewangan pertubuhan itu.

Dalam satu kenyataan media, MND menyatakan bahawa ia menyerahkan penyata kewangan majlis-majlis bandaran bagi tahun kewangan 2020 yang sudah diaudit kepada Parlimen dan majlis-majlis bandaran akan menerbitkannya pada laman masing-masing.

MND menyatakan disebabkan oleh tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 2021, ia meluluskan lanjutan tarikh akhir penyerahan penyata kewangan yang diaudit dan senarai semak pentadbiran selama sebulan dari 30 September 2021 kepada 31 Oktober 2021.

MND sebelum ini mengumumkan bahawa penilaian Laporan Pengurusan Majlis Bandaran bagi majlis-majlis bandaran akan digantung bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021.

"Ini disebabkan perubahan pada sempadan kawasan undi menyusuli Pilihan Raya 2020 pada Julai 2020 dan gangguan yang dihadapi oleh majlis-majlis bandaran semasa tempoh 'pemutus rantaian jangkitan'," menurut MND.

"Penggantungan itu juga membolehkan kebertanggungjawapan jelas terhadap keputusan apabila penilaian Laporan Pengurusan Majlis Bandaran disambung semula mulai tahun kewangan 2021."

MND menyatakan ia akan menerbitkan Laporan Pengurusan Majlis Bandaran seterusnya bagi tahun kewangan 2021, yang ditetapkan dari April 2021 hingga Mac 2022, menerusi dua laporan.

Laporan pertama adalah mengenai prestasi majlis-majlis bandaran dalam petunjuk operasi (kebersihan estet, penyenggaraan estet, prestasi lif dan pengurusan bayaran tertunggak bagi khidmat dan penyenggaraan) pada Mei atau Jun 2022.

Satu lagi laporan akan diterbitkan pada November atau Disember tahun ini, dan menunjukkan prestasi majlis-majlis bandaran dalam pematuhan peraturan serta melaporkan keadaan kewangan menerusi petunjuk tadbir urus korporat.

"Walaupun penilaian Laporan Pengurusan Majlis Bandaran tidak diadakan bagi tahun kewangan 2020, majlis-majlis bandaran masih dikehendaki menyerahkan pengisytiharan pematuhan terhadap keperluan peraturan menggunakan senarai tadbir urus korporat yang disemak," menurut MND.

"Skop senarai semak itu dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada semakan tadbir urus korporat, untuk meliputi keperluan baru dari pindaan Akta Majlis Bandaran 2017."

Tahun kewangan 2020 juga adalah tahun pertama di mana majlis-majlis bandaran membuat pengisytiharan pematuhan terhadap Kod Tadbir Urus bagi Majlis Bandaran menggunakan senarai semak pendedahan tadbir urus itu.

Kod itu dilancarkan pada Jun 2019 dan ia berkuat kuasa mulai April 2020. Ia menetapkan prinsip tadbir urus yang baik dalam empat bidang iaitu kecekapan majlis perbandaran; kawalan dan proses dalaman; pengurusan kewangan; dan pengurusan vendor.

"Kod ini melengkapi undang-undang yang menetapkan piawai minimum tadbir urus yang perlu dipatuhi majlis bandaran," menurut MND.

"Kebanyakan daripada peruntukan kod menjangkau keperluan undang-undang dan meliputi amalan terbaik yang akan memberi panduan kepada majlis-majlis bandaran untuk mencapai tahap tadbir urus yang lebih tinggi.

"Majlis-majlis bandaran digalakkan untuk mengamalkan amalan terbaik menerusi rejim patuh-atau-jelaskan."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan