Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keseluruhan pertumbuhan gaji bangkit 3.9% pada 2021; pertumbuhan sebenar terjejas dek inflasi

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 May 2022 12:43PM Dikemas Kini : 30 May 2022 09:03PM

SINGAPURA: Jumlah pertumbuhan gaji naik semula kepada 3.9 peratus pada 2021, setanding dengan sebelum pandemik COVID-19 pada 2019. 

Namun, pertumbuhan gaji sebenar terjejas ekoran kadar inflasi yang lebih tinggi tahun lalu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (30 Mei). 

Kadar pertumbuhan gaji sebenar mencapai 1.6 peratus pada 2021 di tengah-tengah inflasi yang lebih tinggi tahun lalu.

Jumlah tersebut meningkat sedikit berbanding 1.4 peratus yang dicatatkan pada 2020 dan merosot lebih rendah daripada 3.3 peratus yang dicatatkan pada 2019.

"Pemulihan ekonomi Singapura yang kukuh dan pasaran buruh yang sengit mendorong lebih banyak majikan untuk menaikkan gaji pekerja mereka pada 2021, berikutan tempoh penyederhanaan gaji pada 2020," menurut MOM.

"Hasilnya, lebih ramai pekerja menerima kenaikan gaji tahun lalu. Gaji juga meningkat pada kadar yang lebih pantas berbanding pada 2020."

Jumlah kenaikan gaji, termasuk sumbangan majikan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF), dalam kalangan pekerja tempatan yang sudah bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya setahun adalah 3.9 peratus pada 2021, sama seperti pada 2019. 

Jumlah tersebut meningkat daripada 1.2 peratus yang dicatatkan pada 2020.

Selepas krisis kewangan sejagat, jumlah pertumbuhan gaji meningkat semula pada tahun berikutnya pada 2010 kepada 5.7 peratus dalam tempoh pemulihan.

Meskipun jumlah pertumbuhan gaji pada 2021 naik semula, kadar itu lebih rendah berbanding pada 2010. 

TIGA DALAM EMPAT MAJIKAN RAIH KEUNTUNGAN PADA 2021

Dengan ekonomi Singapura meningkat sebanyak 7.6 peratus pada 2021, jumlah majikan yang meraih keuntungan meningkat daripada 63 peratus pada 2020 kepada 75 peratus tahun lalu. Ini membolehkan sesetengah majikan memulihkan potongan gaji yang dibuat pada 2020.

Kira-kira 70 peratus pekerja menerima kenaikan gaji pada 2021 berbanding 59 peratus pada 2020, menurut MOM.

Tahap kenaikan gaji pekerja juga lebih tinggi pada 2021 (6.3 peratus) berbanding 2020 (4.5 peratus).

Jumlah pekerja yang gajinya dipotong pada 2021 (10 peratus) adalah kira-kira separuh daripada 2020 (23 peratus).

SEKTOR CATAT JUMLAH PERTUMBUHAN GAJI LEBIH TINGGI

Kesemua sektor mengalami pertumbuhan gaji yang lebih tinggi pada 2021 berbanding 2020, menurut MOM.

Sektor perhubungan dan penerangan, perkhidmatan kewangan dan insurans serta perkilangan khususnya mencatat pertumbuhan yang sihat walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19. Sektor tersebut terus menyaksikan "pertumbuhan gaji yang kukuh" pada 2021, menurut MOM.

Sektor perdagangan runcit pula mencatat kenaikan gaji tertinggi pada 5.5 peratus.

Sektor yang lebih terjejas oleh pandemik juga mencatat kenaikan gaji sedang permintaan tenaga kerja meningkat seiring dengan pembukaan semula sempadan, menurut MOM.

Risiko yang memprihatinkan ekonomi global masih belum luput, seperti konflik Rusia-Ukraine yang masih berterusan dan gangguan bekalan global yang berlarutan.

MOM mendedahkan bahawa pekara itu boleh mengurangkan permintaan dan pertumbuhan kecil gaji.

Dengan kejutan-kejutan baru-baru berhubung rantaian bekalan global, inflasi diunjurkan kekal tinggi sekali gus menjejas pertumbuhan gaji sebenar tahun ini, tambah kementerian itu.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan