Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keselamatan diperketat di Orchard Rd, Clarke Quay, Taman di Pesisiran pada musim cuti

Pasukan polis pada Selasa (18 Dis) mengumumkan pihaknya akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan di sekitar kawasan Orchard Road, Clarke Quay, dan Taman di Pesisiran pada musim cuti Krismas ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Keselamatan diperketat di Orchard Rd, Clarke Quay, Taman di Pesisiran pada musim cuti

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 18 Dec 2018 10:52PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 10:57PM

SINGAPURA: Pasukan polis pada Selasa (18 Dis) mengumumkan pihaknya akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan di sekitar kawasan Orchard Road, Clarke Quay, dan Taman di Pesisiran pada musim cuti Krismas ini.

Langkah-langkah yang termasuk pemeriksaan beg itu akan dilakukan pada hari sebelum Krismas dan hari Krismas di kawasan-kawasan sesak, menurut kenyataan SPF.

"Anggota keselamatan boleh menjalankan pemeriksaan beg dan barang peribadi. Orang ramai dinasihati supaya bekerjasama untuk melancarkan pemeriksaan," menurut kenyataan itu lagi.

Penghadang-penghadang bagi mengawal pergerakan orang ramai dan penanda arah akan diletakkan bagi memastikan orang ramai dapat bersurai dengan teratur dan selamat, tambah pihak polis.

Pegawai polis, polis tambahan dan pengawal keselamatan akan dikerahkan untuk mengawal orang ramai di kawasan itu. Para pegawai dari Pasukan Perlindungan Keselamatan, Pasukan Respons Kecemasan dan Pasukan Operasi Khas juga akan mengadakan rondaan dipertingkat.

"Orang ramai dinasihatkan supaya bersabar dan mengikut arahan para pegawai," menurut polis.

"SENTIASA BERWASPADA"

Selain langkah-langkah keselamatan dipertingkat, pihak polis juga menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada, terutama terhadap pencabul kehormatan yang sebelum ini pernah dilaporkan menyembur fom ke mata mangsa sebelum mencabuli mereka.

Orang awam juga harus sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling, menjaga barangan peribadi dengan baik, jauhi kumpulan orang ramai yang terlalu kecoh dan bergerak secara berkumpulan, menurut polis lagi.

Orang awam seharusnya "bertimbang rasa dan elakkan diri daripada sebarang aktiviti yang mengganggu atau menjejas keselamatan orang lain".

"Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menyebabkan gangguan awam atau melanggar undang-undang," menurut keyataan itu lagi.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung individu atau kegiatan mencurigakan boleh menghubungi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di 1800-2626-473, menghubungi polis di 999 atau menerusi SMS ke 71999.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan