Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keselamatan di tempat kerja mesti jadi keutamaan syarikat, tegas MOM

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang warga India yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah bangunan di Tuas pada Jumaat (30 Dis) adalah kes kematian ke-46 di tempat kerja tahun ini.

Jumlah kematian di tempat kerja itu adalah yang tertinggi sejak 2016.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan kebakaran itu melibatkan beberapa tong gas di tapak berkenaan.

Kemalangan di Tuas itu berlaku di tapak Asia Technical Gas Company.

Syarikat berkenaan diarah menghentikan semua kegiatan kerja yang ada kaitan dengan pemeriksaan serta penyenggaraan tong gas.

MOM menekankan, keselamatan di tempat kerja mesti menjadi keutamaan syarikat.

Mana-mana majikan yang didapati mempunyai kelemahan besar dalam aspek keselamatan akan dikenakan denda dan didakwa di mahkamah.

Secara keseluruhannya, 11 syarikat di Singapura diharamkan daripada mengambil pekerja hijrahan baru, setelah terbabit dengan kemalangan maut dan kemalangan besar.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan