Kesejahteraan siber antara topik dalam portal online bagi kesihatan mental
Satu portal sehenti akan mengandungi bahan-bahan kesihatan mental bagi golongan belia serta topik seperti kesejahteraan siber, bermula tahun depan.

(Gambar: fizkes/iStock)
SINGAPURA: Satu portal sehenti akan mengandungi bahan-bahan kesihatan mental bagi golongan belia serta topik seperti kesejahteraan siber, bermula tahun depan.
Portal itu sedang diusahakan Pasukan Bertindak Berbilang Agensi bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Mental yang dilancarkan bulan lalu.
"Walau kita semua mengamalkan pemikiran "digital dahulu", berpindah beberapa perkara ke wadah online, kita berkongsi nilai tanggungjawab, saling menghormati dan prihatin akan satu sama lain. Ini mesti kekal sama dalam talian ataupun secara fizikal.
"Kita perlu anak-anak dan belia kita memupuk sikap tanggungjawab - bukan hanya untuk melindungi diri mereka - tetapi juga supaya mereka ada peranan untuk menjaga maruah dan privasi orang sekeliling mereka," kata Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary.
Dr Janil berkata demikian di satu simposium secara maya hari ini (25 Sep) yang meraikan 20 tahun pertubuhan TOUCH dan Majlis Celik Media menjalankan pendidikan tentang kesejahteraan siber.
Lebih 1,200 orang menghadiri acara itu yang menyentuh tentang trend dan kesejahteraan digital.
TOUCH juga melancarkan program baru bagi ibu bapa untuk mempelajari bagaimana untuk berbincang dengan anak mereka tentang pornografi dan membentuk tabiat online anak-anak mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.