Kesediaan kolektif untuk pertahan kedudukan negara aset terbesar SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kesediaan kolektif Singapura untuk mempertahankan kedudukannya adalah aset terbesar negara dalam keadaan tidak menentu.
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean berkata demikian di upacara peringatan perang tahunan.
Menyifatkannya sebagai tanda kekuatan Singapura serta sumber tindakan pencegahan, Encik Teo berkata rakyat Singapura terus berdiri bersama semasa krisis.
Hampir 450 orang menghadiri upacara tersebut bagi memperingati para mangsa awam semasa tempoh Pendudukan Jepun.
"Kita boleh mudah terjejas akibat masalah-masalah yang bermula di tempat lain," kata Encik Teo.
"Jika kita lupa dan tidak bersedia untuk mempertahankan diri kita sendiri, kita hadapi risiko mengulangi tragedi dan kehilangan akibat peperangan dan konflik," tekannya.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.