Kesedaran terhadap keperluan golongan kurang upaya perlu dipertingkat untuk bina masyarakat inklusif
Sukan Paralimpik di Tokyo yang baru saja berakhir mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi oleh para atlit yang kurang upaya.
Seorang warga tua menggunakan kerusi rodanya yang bermotor. (Gambar fail: Calvin Oh)
SINGAPURA: Sukan Paralimpik di Tokyo yang baru saja berakhir mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi oleh para atlit yang kurang upaya.
Namun di luar pertandingan dan pada hari-hari biasa, upaya luar biasa dapat kita lihat di sekeliling kita.
DETIK bertemu dengan orang-orang yang disebut sebagai “lain upaya” dalam usaha membina masyarakat yang lebih inklusif.
TANYA DULU SEBELUM TOLONG
Selain duduk di kerusi roda bermotor, pesakit distrofi otot seperti Muhd Saifudeen Abdul Salim mungkin kelihatan berupaya, kepada mata yang tidak terdidik.
Namun, Saifudeen mempunyai Distrofi Otot bernama Duchenne yang hanya menyerang kaum lelaki.
"Pasal kita kan ada kondisi distrofi otot. Kita tak boleh angkat tangan atau angkat kaki. Pasal itu selalu kita kena tanya macam mana (boleh) tolong. Jangan suka-suka tolong," kata Duta Persatuan Distrofi Otot Singapura (MDAS) itu.
Lantaran itu, demi mengelak keadaan yang tidak diingini berlaku ke atas golongan kurang upaya yang dicabar dengan lemah otot, MDAS menjalankan kempen tingkat kesedaran dan mengumpul dana orang ramai terhadap keadaan genetik itu.
KOS TINGGI PENGHAMBAT HIDUP BERMUTU
Bagi lebih 500 pesakit di bawah bantuan MDAS, kos kekal menjadi penghambat, terutama dalam mengekang hak mereka untuk berupaya menjalani kehidupan lebih bermutu.
"Saya harap pihak berkuasa akan jadikan kaedah menentukan kemampuan agar berpihak kepada golongan kurang upaya, tanpa mengira status dan sokongan kewangan mereka. Ini demi memampukan mereka mendapatkan kerusi roda yang sesuai atau peranti yang diperlukan untuk perbaiki mutu kehidupan," luah Pengarah Eksekutif MDAS Judy Wee.
Selain itu, ramai orang juga tidak menyedari bahawa perlindungan insurans banyak tidak melindungi orang-orang yang kurang upaya,kata Penyelaras Keanggotaan Persatuan Orang Kurang Upaya (DPA) Iskandar Shah Ismail pula.
"Sangat merugikan kerana sepatutnya kita beli polisi insuran untuk melindungi kita. Banyak biaya kos perubatan tak dapat dibayar kerana kegenjotan, kurang pandang dalam segi ini," jelas beliau.
Cabaran-cabaran yang dihadapi golongan kurang upaya dikongsikan dalam DETIK pada 8.30 malam ini (15 Sep).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.