Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesedaran lebih tinggi mengenai isu kaum, agama; jurang kelas, imigresen antara garis pemisah dihadapi masyarakat

Satu kajian baru menunjukkan usia seseorang, menjejas bagaimana warga Singapura mahu Pemerintah menangani garis pemisah melibatkan kaum dan agama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Oct 2019 09:26PM Dikemas Kini : 29 Oct 2019 09:32PM

SINGAPURA: Satu kajian baru menunjukkan usia seseorang, menjejas bagaimana warga Singapura mahu Pemerintah menangani garis pemisah melibatkan kaum dan agama.

Kajian Institut Pengajian Dasar menunjukkan mereka yang lebih berusia mahu Pemerintah menangani isu tersebut dengan lebih terperinci.

Warga muda Singapura pula lebih suka sentuhan lebih ringan.

Isu kaum dan agama antara lima garis pemisah yang dihadapi masyarakat tempatan.

Pada 1964, Singapura mengalami rusuhan paling buruk dalam sejarahnya.

Hampir 40 orang mati dan 560 cedera dalam dua rusuhan kaum yang berlaku.

Lebih 50 tahun sudah berlalu tetapi peristiwa itu masih jelas dalam ingatan generasi tua Singapura.

Menurut hasil kajian IPS, rusuhan tersebut telah membentuk persepsi bagaimana garis-garis pemisah harus ditangani.

Berdasarkan kaum, 70 peratus warga Singapura yang lebih muda berusia 18 hingga 25 tahun, berpendapat pelibatan pemerintah sudah mencukupi.

Kadar itu kira-kira 10 peratus lebih tinggi daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Namun hanya 20 peratus warga muda yang mahukan lebih banyak pelibatan pihak berkuasa.

Ini berbanding dengan sekitar 33 peratus warga yang lebih tua.

Isu-isu agama juga menyaksikan hanya 20 peratus belia yang mahukan pelibatan lebih besar pihak berkuasa.

Ini berbanding 26 peratus golongan lebih tua.

Tinjauan itu yang berjudul Kaum, Agama dan Bahasa dijalankan IPS antara Ogos tahun lalu hingga Januari tahun ini.

Ia melibatkan kira-kira 4,000 warga dan Penduduk Tetap Singapura.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan