Kesedaran ancaman pengganasan rakyat SG masih rendah: Dapatan eksperimen sosial
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu eksperimen sosial baru-baru ini menunjukkan, kebanyakan rakyat Singapura mungkin tidak tahu atau tidak bertindak balas terhadap tanda-tanda ancaman pengganasan.
Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menekankan peri pentingnya kewaspadaan dan sikap bersiap sedia, sedang Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) giat meningkatkan kesedaran orang awam.
Salah satu inisiatif utama ialah siri web baharu SGSecure bertajuk "Apa Yang Akan Anda Lakukan Apabila Pengganasan Berlaku".
Dilancarkan siang tadi, siri itu menampilkan para pencipta kandungan media sosial bertindak terhadap simulasi serangan bersenjata dan menekankan langkah-langkah kecemasan yang penting.
Encik Shanmugam turut berkongsi hasil dapatan daripada dua eksperimen sosial baru-baru ini.
Sebuah beg mencurigakan dan sebuah kereta yang kelihatan seperti ancaman bom, diletakkan di kawasan awam.
Hanya sekitar 17 peratus daripada orang yang lalu lalang menyedari perkara tersebut, manakala hanya enam peratus melaporkan kejadian itu.
"Kita harus bekerjasama, sentiasa berjaga-jaga terhadap ancaman pengganasan, tegas dalam tindak balas kita dan jika sesuatu berlaku, bersatu selepas sebarang kejadian sebegitu. Jika kita berdiri bersama, kita menjadi sebuah masyarakat yang sukar diserang dan mustahil untuk dipecahbelahkan," kata Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/NY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.